Saturday 17 November 2012

rezeki =')

assalamualaikum...

terasa nak buat kisah sedih sikit ah...ini berkaitan dengan rezeki yang kita sendiri takkan pernah tahu bila Dia akan beri pada kita. kadang-kadanng kita lupa setiap sedikit atau secalit yang terlintas dalam hati ,otak dan keinginan kita, Dia tahu serba-serbi. haa...ni aku nak bercerita sikitlah betapa Dia tak menyeksa hamba-hambaNya yang dalam kesusahan.

aku bukanlah tak ada duit..ada. tapi tak banyaklah. kalau aku beli makanan,cukup untuk hari ini je. esok nak keluar pergi tgk festival lambakan buku dan penulis plak...mana aku nak cekau duit kalau aku beli makanan hari ni. jadi, nak hilangkan lapar, aku tidur. keenakan tidur tetap tak mampu menandingi perut yang disajikan dengan nasi. bangun je dari tidur, langkah longlai terus ke laptop. #bosan. ruang tamu gelap-gelap senja. layan perasaanlah aku dalam fikiran yang kosong. malas nak turut kehendak perut. seorang teman keluar dari bilik dan buka lampu. terus dihulur nasi goreng bersama dengan 'isinya' kepada aku. benarlah...simbolisme bukan hanya ada dalam filem, juga pada realiti. subhanallah. betapa jelas takdir Allah dalam setiap tindakan kita. gelap yang buat aku melayan rasa yang dibuat-buat kosong, apabila terang bukan sekadar terang yang biasa. benar-benar terang rezekinya!

apa lagi kesyukuran yang maha agung selain kepada Dia? otak aku terkunci dengan takdir yang Dia aturkan. Indah. Terharu. Syukur, ALHAMDULILLAH.

[sesungguhnya, betapa Allah tahu apa yang perlu dibalas kepada pemberi rezeki. amin.]

Friday 16 November 2012

semAngkuk sAyAng =)

ini kisah semangkuk sayang...
yang lain sudah penuh
telah aku tatang dalam kantung yang kedap
tiada udara..tiada air..
supaya tak sesak..tak penuh
semangkuk lagi masih bersisa
bekasnya terlalu lama berdebu
perlu dicurah dan diganti
ada empunya tuannya
masih terlalu berhati-hati menjaga
hanya tinggal semangkuk
tak mahu sampai terbuang dan pecah

semangkuk sayang untuk dia
mahu juga aku simpan dalam kantung kedap
seperti yang lain
tapi dia bukan sedarah alirannya
bila-bila masa boleh hilang
semangkuk sayang juga akan tumpah berderai
jadi perlu dijaga rapi
kalaupun ada semangkuk sayang yang lain nanti
rasa tampaknya tak serupa
tak mahu banyak-banyak
biar aku jaga yang satu ini
satu yang lain dari yang lain
satu ini juga sama rasanya..=)

Saturday 19 May 2012

~wAktu~ [sebuahcerpenkontang]


Waktu dah semakin mendesak. Deretan lorong bukan lagi mainan akal. Langkah insan naif lagi daif semakin hilang detiknya. Maka derapan yang sempurna semakin haus. Aku melihat setiap masa yang tak putus. Aku melewati setiap gerak yang terurus. Akal aku mati di sini. Lewat luka senja mencabar apa yang aku ada. Aku berhenti dan terjah sekitar awan. Berkepul-kepul warna kelabu membentuk hiasan dunia. Ada kerusi di seberang sana. Mungkin ini masanya untuk aku tenangkan nyawa yang diselimuti sangsi. Aku mengira langkah setulusnya. Tak kuhirau nafas yang bakal lenyap bersama detik.
Lega. Bisikan hati itu seakan menjerit pada dunia agar mampu diraih rasa simpati. Tapak derita semakin mencengkam. Haus. Bersilih ganti bisikan musuh manusia mengajak aku pulang tanpa iman. Mudahnya ternoda jika aku jatuh. Aku bersandar. Menarik nafas. Lepas. Percikan cahaya lintang-pukang tembusi mata dan hati. Lelap seketika, aku fikir membuahkan lena. Terdampar seketika buih-buih retak yang berselirat. Dalam buih itulah sengsara aku. Satu persatu meletup tetapi tidak pecah.
Biarlah terdampar. Aku mahu mati memikirkan ruang sempit itu. Hati aku tak pernah berhenti berbisik. Menatap ruang gelap lebih bermakna bagiku. Biarlah tapak-tapak itu berlegar di hadapan aku. Biar mereka pandang mata aku yang sepi. Aku tak nampak mereka. Itu lebih baik daripada aku nampak dan mereka memandang dengan lirikan yang songsang! Kemudian aku terhina dihadapan mata sendiri. Dengusan aku semakin tenang. Puas! Biarlah aku di sini. Jangan ada yang mengganggu.
Dup dup dup. Kencang. Kenapa bahang dingin terasa deras? Pasti ada di sini. Tak sudah lagi rupanya. Sampai bila? Aku lemas dalam keupayaan sendiri. Dulu pernah aku takut. Dulu pernah aku terima seadanya. Tapi kini tidak lagi. Semakin aku sudi terima, semakin merodok ketenangan, semakin kerap aku diduga. Oh! Aku terlupa. Aku terpilih dikalangan semua.
Kali ini aku mengalah. Membuka semula hijab pemberianNya. Jika aku terus menipu diri, menatap kegelapan yang bukan hakiki, segalanya tak akan berhenti. Ya, tak akan berhenti dan hanya aku yang dapat menghentikannya dengan bantuan Dia. Kekuatan yang cuba aku kumpul, sama seperti awan yang cuba memayungi kepanasan bumi. Aku panas dalam darah yang berselindung dengan tangis resah.
“Apa lagi?”
Nadi aku berkocak tanpa memandangnya. Sesekali aku berdehem sekadar berselindung dari pandangan kasar manusia. Suasana kembali sepi. Angin malam menghembus lalu menusuk kulit yang kering. Pandangan yang gelap, aku tundukkan ke bawah tanpa memandang sisi kiri. Memejamkan mata adalah salah satu cara untuk aku menghindar situasi aneh itu.
Aku makin sesak. Keadaan ini benar-benar membunuh naluri jiwa manusia normal. Sesekali aku menarik nafas yang senak di hujung nyawa dek ketakutan yang samar-samar berselindung. Untuk ke sekian kalinya aku menarik nafas dan gagah menghembuskan nafas yang sedikit keras. Lega. Sedikit. Perlahan, aku memberanikan diri membuka mata untuk berhadapan dengannya. Kali ini aku tak akan tunduk lagi. Berkira-kira dengan kalimahNya, aku membuka mata. Nah! Muncul di sebalik kaki yang kaku untuk menepis.
“Lepaskan aku!” garau. Ngilu. Berdesing. Bingit.
Seluruh nikmatNya kejang. Mulut terbisu. Lidah semakin kebas seakan baru dipotong. Kaku. Suara keras itu membawa aku terpelanting ke belakang masa.
“Kenapa dia tak bergerak, Man? Dah mati ke?” nada cemas Hairi menetak degup jantung Aman yang kehilangan rentak normal.
“Kau diamlah!”
“Sekarang apa kita nak buat? Aku tak nak tanggung, Man. Aku tak sanggup.”
“Aku kata diam, diamlah bodoh!”
Tiada lagi kelembutan dalam tingkah dan nadanya. Aman kehilangan diri sendiri. Saat itu memerlukan kewarasan akal yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang semakin rumit.
“Kau urus sendiri, Man. Aku tak nak!”
Langkah pantas Hairi membiarkan akal Aman semakin berserabut. Berkali-kali dia cuba berfikir mencari penyelesaian. Ah! Terbatas lagi. Sudah berapa kali dia terduduk sambil merenung ke arah wajah kaku Suraya. Ada ketika dibiarkan kosong dalam renungannya.
“Macam mana boleh mati? Aku bunuh? Eh!bila masa pulak? Bukan…bukan aku bunuh. Dia bunuh diri sendiri. Tapi…”
Aman dalam khayal berbual seorang diri. Setiap soalan dijawab seolah-olah muncul personaliti baru dalam dirinya. Dia semakin hilang dalam nyata.
Lari Aman! Kau tak akan mampu buat sorang-sorang. Lari! Musuh manusia kembali menjadi temannya. Kopiah yang menyerikan wajahnya sejak beberapa hari lalu, kini seakan hanya hiasan. Sedang di wajahnya terpalit salah yang berlumpur. Kotor.
“Aku tak boleh lari. Aku bunuh dia. Tak kan aku nak biar dia macam tu je. Kesianlah…” sekali lagi monolognya seperti orang hilang riak.
“Aman...apa salah aku?” rintih suara Suraya hanya singgah ditelinga Aman. Matanya tak berkelip memandang Suraya. Wajahnya mula menyusun satu persatu hakikat dan kepalsuan. Suraya masih kaku. Tapi suara itu?
“Aman…aku sakit…”
“Sakit? Tapi kau dah mati!”
Suara Aman sedikit membentak. Dalam tak sedar dia bercakap dengan bayang-bayang suara yang tak wujud. Dia kini hilang dalam realiti. Aman bangun dan terus merangkul Suraya. Bibirnya bergetar menyentuh cuping telinga si kaku.
            “Aku bunuh kau sebab kau dah mati. Tapi aku bukan pembunuh. Kau yang bunuh aku…sebab tu aku hidup. Kau mati bukan aku yang bunuh. Kau bunuh aku! Aku tak mati!” nadanya yang berbisik di awalan, semakin keras dan garau di akhirnya.
Butir katanya seperti orang kehilangan arah kewarasan akal. Aman berhalusinasi dengan dunia gelap yang membawanya untuk terus bersembunyi dalam kesilapan demi kesilapan.
Tangan kiri si tubuh kaku yang disimbah darah sendiri, di heret oleh Aman dengan menggunakan tangan kanannya. Diheret ke satu kawasan semak-samun yang sentiasa ada musuhnya. Tapi apa dia peduli? Dia hilang dirinya. Dia hanya ada satu akal saat ini. Sembunyi.
Tanah keras menjadi lembut di belai kerakusan tangan Aman yang tegar menggali dengan menggunakan cangkul. Akhirnya ditimbus dengan pandangan dan rasa yang kosong. Lagaknya seperti hanya menimbus bangkai kucing yang paling dibenci. Cangkul yang merobek tanah juga ditimbus bersebelahan dengan mayat Suraya. Aman berlalu dan hilang dalam samar senja yang entah bila datangnya.
Sayup azan membuatkan Aman kembali ke dunia nyata. Hakikat sebenar. Memandang sekeliling dengan pandangan yang penuh kehilangan. Tapak kaki yang melewatinya, hanya memandang dengan bisikan yang penuh ragu.
Peluh menitik membasahi lantai tanah. Tidak dihiraunya apatah lagi dikesat. Nafasnya turun naik. Ingatannya memandu ke satu arah. Fantasi atau realiti.
Seorang lelaki berkaca mata hitam tiba-tiba menghampirinya lalu duduk disebelah tanpa dijemput dan tidak pula meminta keizinan. Tanpa diminta, Aman beralih sedikit dari tempat duduknya yang kaku sejak beberapa jam yang lepas.
Aman masih resah. Lelaki tersebut bersandar tenang. Kemudiannya dia membongkokkan sedikit badannya dan meletakkan kedua-dua belah siku di peha. Jemarinya menggenggam antara kiri dan kanan. Perlakuannya sekadar meniru gaya Aman. Sama. Cuma riak perasaan saja berbeza.
            “Kenapa dia ikut kau?”
            “Siapa?”
            “Perempuan berdarah.”
            “Gila!”
            “Kau?”
            “Apa?”
            “Gila?”
Aman terdiam. Dia terperangkap. Terperangkap? Ah!bukan. Dia memerangkap diri sendiri. Siapa lelaki itu? Muncul untuk memerangkap jiwa berselirat?
            “Kau mimpi. Kau rasa itu betul. Kau salah. Itu tak pernah wujud.”
            “Hei!Kau cakap apa ni? Jangan bagi serabut otak aku lagi, boleh tak? Gila!”
Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis. Disebalik kaca mata hitam itu, dia memandang riak Aman yang kecelaruan. Diteroka dan ditilik satu persatu rasa yang membebankan naluri halus lelaki itu.
Dia juga pernah begitu suatu ketika dahulu. Aman adalah dirinya yang dulu. Diperangkap dan terperangkap dalam mimpi yang di anggap realiti. Sedangkan hakikat hidup tiada yang salah. Itu hanya mimpi ngeri yang membingungkan manusia. Hasutan syaitan yang mengangkat dirinya berkuasa memesongkan manusia.
            “Allah gerakkan hati aku ke sini untuk sedarkan kau tentang hakikat. Hakikat waktu yang wujud dalam ruang sedar. Sedangkan waktu itu bukan waktu yang kau jalani. Saudara, itu semua mimpi. Seperti mana kau tersedar waktu azan berkumandang, kenapa kau harus terus berjaga dalam ruang sedar yang kau cipta? Berehatlah. Temui Dia. Insya-Allah.”
Langkah kaki lelaki tersebut seakan debu yang ditiup angin. Hilang dalam samaran malam. Begitulah pantasnya otak Aman mencantumkan segala yang waras dan ruang sedar yang diciptanya.
Ruang yang dianggap sedar itu menghantuinya sejak empat tahun lalu. Baru hari ini dia rasa terbeban dengan sketsa pembunuhan yang hanya wujud tanpa huraian watak, tanpa punca dan tanpa permulaan. Berulang-ulang, itulah yang menghantuinya.
Lafaz istighfar seolah memberinya kehidupan baru. Menyedari kehidupannya yang semakin hilang dalam nyata, digagahkan juga melangkah menemuiNya.
            “Musuh manusia tak pernah sedetik pun berbuat baik. Kita lebih mulia. Kenapa kita harus tunduk?”
Kata-kata terakhir lelaki berkaca mata hitam sebentar tadi, menyentak sisi lena hidupnya.

Tuesday 15 May 2012

mAnA Aku?


Sungguh aku risaukan diri aku yang seolah-olah tak risaukan apa-apa. How can I stand on this situation? What kind of antidote can make my life feel better and looks normal? Aku dah senaraikan eseimen yang semuanya membunuh akal dan tenaga aku. Tapi aku melihatnya hanya aksara kosong yang bercantum antara satu sama lain lalu membentuk urutan perkataan yang bermakna. Tapi kemana makna yang ada dalam deretan aksara itu? Aku sesat. Aku hilang punca. Aku bukan manusia seperti mereka. Kenapa dengan aku? Kenapa aku terlalu senang dengan lambakan tugasan itu? Ya, mereka dengar aku tension. Tapi mereka tak tahu otak aku kosong. Yang terkeluar dari mulut aku cuma perkataan yang sepatutnya aku ucap seperti mereka. Fake it until u makes it. Thanx adik sebab ‘kenalkan’ aku dengan ayat tu. Yes, I fake it! But I don’t know until when I should be like this. I can’t make it babe! I CAN’T! It seems like to kill myself..my spirit..my hopes..my life actually. Oh God…please bless my journey. Please give me the way that I should go. Apa aku sudah tak ada rasa? Apa benar hati kering itu wujud dan itu ada pada aku? Apa benar aku hanya berserah? Apa semua ini? Ya, aku menangis. Aku ada rasa sebak. Aku ada rasa rindu..sayang..cinta..suka..menyampah..tapi kenapa semuanya macam palsu? Aku menipu diri sendiri? Atau ego? Inikah ego? Ya Allah…aku buntu. Tolonglah kembalikan rasa yang selayaknya aku rasa saat ini. Aku penat menangis tanpa sebab. Aku takut meratap tanpa rasa. Aku risau tiada kerisauan dalam diri aku tentang itu….di mana aku sebenarnya?

Saturday 25 February 2012

tAk kesAhLAh~

Tak kesahlah kau pernah kutuk aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah benci aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah pedajal aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah masuk kelab
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah amik dadah
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena halau rumah
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah mencuri
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena tangkap
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah herdik aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah sakitkan aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena kutuk
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau macam mana pun
Kau tetap kawan aku
Yang aku kesah…
Kalau kau takde.

Sunday 19 February 2012

::konklusi hAti::

dalam hidup ni kena sedar BANYAK perkara...
kau jangan ingat semua orang suka cara kau!
kau jangan ingat semua orang boleh ikut arahan kau!
kau jangan ingat semua orang faham apa yang kau buat!
kau jangan ingat semua orang tahu apa yang kau rasa!
kau jangan ingat semua orang boleh terima gurauan kau!
kau jangan ingat semua orang senang masuk dengan fikiran kau!
kau jangan ingat semua orang akan ada dengan susah senang kau!
kau jangan ingat semua orang boleh terima layanan kau!
kau jangan ingat semua orang ADALAH ENGKAU!
kita hidup atas diri sendiri..
kita tanggung apa-apa salah atas bahu sendiri..
kita buat apa saja atas rasa sendiri..
ada orang lain fikir tentang kita sepenuhnya?
tak ada..
ada orang lain sedar detik hati kita terasa etc?
tak ada..
ada orang lain datang pujuk masa kita jatuh?
tak ada..
sebab semua orang tak lalui apa yang kita buat
sebab semua orang tak rasa apa yang kita pendam
sebab semua orang tak fikir apa yang kita harap
kita...hidup kita.
kita tak boleh dalam diri mereka
mereka tak akan boleh dalam diri kita
kau berjuanglah apa pun,
diri kau jugak yang akan rasa sakit gembiranya
berkongsi dengan diri sendiri...
berkongsi dengan Maha Pencipta...
kau tak mampu berkongsi dengan mereka
yang sedikit terluah pun,
hanya sekadar luahan..
bukan pembentangan hati...
dan kerana itu semua,
kau terpaksa layan hati sendiri.
sepi & kosong,
sedarlah..

Sunday 12 February 2012

cArA Aku~

salam...

maaf..aku hidup ikut cara aku..
aku nak buat apa aku punya suka
apa yang aku buat untuk gembirakan hidup aku yang satu ni
sebab tu aku cuba gembirakan orang lain
kalau mereka gembira,
aku akan paling gembira
PUAS!
aku takut nak menyakiti org2 yang aku sayang
lebih2 lagi kalau mereka sakit dan pendam
dan lebih2 lagi kalau sakit itu puncanya AKU!
aku terlalu menjaga
aku terlalu obses melihat senyuman mereka
dan aku terlebih obses untuk membuat mereka tersenyum...
jangan marah aku
jangan tanya aku
jangan pertikaikan aku
aku buat semua itu kerana hidup kita masing2 hanya sekali
ya,hanya sekali..
maka,disebabkan itu..
aku sengaja beri peluang pada diri aku
untuk buat apa yang aku suka
izinkan aku menggembirakan kamu...
itupun kalau kamu ingin melihat kegembiraan aku
jangan halang apa aku nak buat
kerana aku masih tahu hukum hakam
walau bukan tahap arif
aku bahagia, walau payah
"membahagiakan orang lain buat hidup aku lebih bermakna"