Thursday 29 December 2011

i'm so scared to lose you just bcoz of the simply s***!

Setiap kali aku tukar nama seseorang dalam fon, mesti akan ada perubahan dalam perhubungan aku dan dia…tahu tak, BETAPA AKU BENCI KEADAAN INI! Saat aku dah mula mengingati nombor telefon dia,mesti ada saja yang tak kena…AKU BENCI!ya aku BENCI KEADAAN INI! Saat ini air mata aku bergenang. Aku sayang kau! Tapi jangan terfikir aku lebih…tak pernah lebih apatah lagi kurang…aku cuma tak nak kehilangan kau hanya disebabkan benda-benda BODOH…kau selalu buat aku tersenyum…tapi kali ini kau buat aku menangis kerana MUNGKIN kesilapan aku sendiri…Ya Allah,berikan ketenangan dalam hubungan kami…Kau lindungilah perhubungan ini…jangan ada persengketaan yang boleh merenggangkan…sesungguhnya aku tak mahu semua itu terjadi…dan sesungguhnya Engkau mengetahui SEPENUHNYA TENTANG HATI HAMBA-MU INI…amin Ya Rabb…

Saturday 10 December 2011

mAlAm itu~

Malam itu…
Bulan temani aku bersama serpihan bintang
Ya,hanya aku..
Untuk saat itu
Di satu sudut,
Sudut yang telah lama aku tinggalkan
Aku kembali menyentak silam
Peritnya Dia yang Maha Tahu
Betapa aku rindu tentang kelam..
Kelam yang takut
Dan kelam yang tenang…
Beberapa ketika aku kenang kembali
Satu detik yang membawa aku ke sudut itu
Sudut yang menyaksikan aku tenggelam dalam sebak..
Kau faham?
Atau kau tahu?
Baru sebentar,
Tapi lamanya bagaikan diri aku lahir
Terasa seperti melihat bayang-bayang sendiri
Yang cuba memberi aku senyuman sepanjang malam
Ya..kau mencuba
Aku rasa getar itu
Betapa hati ciptaanNya mengerti dan basah
Basah yang tak mampu diperah
Kalian,
Terima kasih untuk senyuman sepanjang malam
Senyuman yang aku cari dalam diri aku
Aku ke temu malam itu…
Terima kasih untuk segenap saat yang berlalu dengan indah
Mungkin kalian tak nampak
Betapa terisi ruang kosong yang selalu sunyi
Aku tak tahu
Bagaimana penghargaan hati ini harus diterjemah
Aku tak tahu
Harus bagaimana aku memberi balasan
Yang aku tahu
Adanya hidup aku dengan kalian
Yang aku tahu
Sejauh mana pun aku teroka tak sama dengan kalian
Andai malam itu yang terakhir
Aku takkan lupa setiap saat
Walau kotak akal mungkin akan reput
Aku membawa hati bersama malam itu
Hati aku ada kalian
Semoga suatu hari hati ini mampu berbicara
BETAPA AKU SAYANG…

[TERIMA KASIH~ adik,kenzo,asma',atiq&nabilauntuk satu rasa yang indah…]

Sunday 2 October 2011

i.n.i~s.o.a.l~c.i.n.t.a~

C.I.N.T.A?
bukan tak perlu..tapi belum masa
jangan memaksa..nanti buntu
hati tak ikhlas..rasa akan hilang
semua pura-pura..hati tak tenang
biarlah datang..jangan nanti hilang
masa jangan tersisih..sampai tak bermakna 

Wednesday 15 June 2011

dreAms & smile

close your eyes 
and leave your smile
it will never close your heart 
you will live inside of your dreams

dreams of your smile
and please count the fragile
not for your scare
but can make you aware
that you are not alone there

believe the gift from Him
don't ever fall it down
may be your smile will gone
but your heart is still there
belongs to you...

Sunday 5 June 2011

AlAhAi perAsAAn~

Aku tak tahu kenapa hati ni susah nak lepaskan dia. Kenapa aku suka sangat kat dia ye? Sedangkan dia suka buat aku marah. Kata-kata dia selalu je buat aku sakit hati. Memang hati aku marah tapi jauh sekali untuk membenci. Opss!mesej bunyi n aku tau sape..hehe..i’m right!dia mesej...nak tau macam mana aku tau?bukan instinct tapi realiti..1st,time aku balas mesej dia tadi dia xbalas balik..2nd,dia ni memang suka wat orang tertunggu-tunggu mesej dia..tak tau la apa yang dia buat time tu. Tapi aku tak kisah pun sebab aku tau dia tetap akan balas walaupun lambat..kalau dia tak balas hari or malam ni, dia akan balas esok. Nevermind, it’s nothing to me..ya,LOVE is NEVERMIND. Tengoklah, aku dapat mesej dia tadi n aku terus balas. Rasanye takdelah sampai 1 minit aku nak balas mesej dia. Tapi dia wat aku tunggu mesej dia sampai 1 jam! Aku tak tau la kenapa aku boleh sabar dengan cara dia macam tu. Mungkin perasaan ni buat aku lebih kenal erti sabar kot..alhamdulillah,kalau betul........tapi kalau tak pun,aku tetap aku macam ni..amin...........
Aku rasa macam nak singkap balik kenangan aku ‘terjatuh’ dengan dia la..cop!bukan kitorang pernah terjatuh kat memana eik...maksud aku,time 1st aku kenal dia n time bila aku mula rasa something dengan dia. Mulanya dulu aku kenal dia dari housemate aku masa semester 1. Time 1st jumpa, aku ada gak terdetik nak ‘try’ dengan dia. Ha,korang jangan nak pk lain eih…’try’ tu maksudnya nak cuba rapat la dengan dia……tapi masa tu takde lagi perasaan kat dia. Bila dah nak penghujung sem tu yang merubah segalanya. Kalau korang nak tau, dulu aku pernah suka kat sorang mamat ni n aku akui yang mamat tu 1st sebelum aku jumpa dia....aku mula minat mamat yang 1st tu masa aku tingkatan 1. Aku simpan perasaan tu sampai aku masuk UiTM. Dan masa kat U la pintu hati aku terbuka untuk si dia.....korang bayangkan..perasaan yang aku pendam kat mamat 1st tu adalah selama 5 TAHUN! Terlalu besar aura si dia ni sebab dapat runtuhkan perasaan ‘5 YEARS IN LOVE’ aku tu…dahsyat sungguh dia ni......alhamdulillah, setakat ni dia yang kedua dan terakhir.....aku takkan buka pintu hati aku ni kat orang lain selagi dia belum berpunya..kecuali kalau dia dengan aku..huhu...giler korang aku nak bukak pintu hati aku ni untuk orang lain kalau aku dengan dia??!!!tak koso mak cik...hahaha....Aku setiA..hahhahaahhahaha....

Tapi sekarang dah laen...perasaan aku rupe2nye masih sama macam dulu...bukan dengan dia...tapi dgn ’MY 1ST LOVE’...wlupun ktrg xpernah kapel,tp die lelaki pertama dan terakhir aku suka setakat ni...maknanya aku silap menilai...aku fikir si dia yg kononnya bjaya meruntuhkan perasaan 5 tahun aku tu, betul2 bjaya buat aku lupa pd si dia yg lama tu...rupenye tidak...dan sekarang angka 5 dan bertukar ke angka 9! Ya, 9 TAHUN! Dan 5 tahun tak jumpa....aku harap sebelum aku tutup mata, aku nak jumpa dia...wlupun mgkn dia tak jd milik aku...=)

Thursday 2 June 2011

ApAbilA mAsAnyA menjemput kitA....

kematian 2 tdk diketahui masa & ketikanya.jd,sy nk minta maaf kpd anda semua yg pnah terasa dgn kata2 & tingkah sy samada kita kenal@tdk.halalkn makan minum..klu de hutang pape kat sy,وقد كلفت..klu sy ada bhutang dgn anda,silalah tuntut..bila2 masa adalah waktu kita.ini bukan merepek,tp psediaan..spya tiada penyesalan ats pmergian sesape pun..mengenali anda semua,m'beri sy kehidupan..نلتقي في الجنة، إن شاء الله أحبك

Thursday 19 May 2011

ApAbilA diA bukAn untuk kitA~

"klaw kite cntekn org tu, ta smstinye memiliki"

Rasa pedih tak hati bila anda sedar kenyataan ini? TAK MEMILIKI ORANG YANG KITA CINTA. Ya, sangat sakit nak terima…dahla kite cintakan ssorg tu…last2 xdapat hidup bsama…frust giler doiii…sanggup salahkan diri sendiri…bermati2an salahkan pihak sana…ITULAH SEMANGAT ORANG BERCINTA…tapi lain pulak kalau kita cintakan ssorg tu dan org tu tak cintakan kita! OH!ITU LAGI SAKIT~ tapi harus diingatkan disini ye adik2 kakak2 abang2 makcik2 pakcik2…apa yang kita rasa tu kadang2 hasutan NATES2 yang bersepah disekeliling kita ni…rasa cintakan seseorang itu tak pernah salah…sbb itulah kita dikurniakan perasaan…kita berhak merasa cinta itu…tapi berhakkah kita mendapatkannya?tiada seorang manusia pown dapat jawab soalan itu selagi takdir tidak menentukan ‘DIA MILIK ANDA’…anda stress??kenapa mengharap??perasaan mendesak??terlalu cinta??sejauh mana ikhlasnya anda mencintai seseorang itu??atas dasar apa??nak merungkai tentang timeline kehidupan ni takkan selesai sampai ke sudah…semuanya saling berkait…dari segi terjadinya manusia…sehinggalah detik2 kematiannya yang diiringi sejarah2 silam…hah!tuu diaaaa…sejarah2 silam tu xsemestinya dosa…mksudnye perjalanan hidup laa…
okkey,kembali ke topik asal…mencintai seseorg dgn niat kita terima seadanya dia adalah sesuatu yang sgt indah…tp kalau hanya menampar angin,bukan bermakna cinta kita ditolak…tidak sama sekali…Cuma masanya Allah saja yang tahu…bila dan dengan siapa hidup kita akan berakhir…mgkn dgn org yg kita suka skrg ni…mgkn dgn org yg kita benci skrg ni…mungkin juga kita tiada jodoh didunia…sbb usia kita sndri xtau smpai bila ken…mgkn jugak jodoh kita dah meninggal dunia…dan kita jumpa dia di syurga~ (OH!INDAHNYA~) sekali lagi ditekankan, tak salah mencintai seseorg…tp jangan sampai kita dibenci oleh org yg kita cintai…anda kena tahu…TAKDIR TAK PERNAH SALAH…setiap manusia akan menerima apa juga nikmat di atas muka bumi ini SAMARATA…Allah Maha Adil ken…kenapa nak risau cinta dan jasad seseorg itu tak dimiliki? Jgn sesekali menidak takdir bahawa kita akan diberikan seseorg yang bsesuaian dgn kita suatu hari nanti…dan takdir itu semestinya bersebab…sebab apa?anda tunggu takdir anda…

Wednesday 11 May 2011

gelAp~

Pabila malam mula menjerit
Suara sumbang mula memekik
Suram..melayan sepi

Kala bulan mula mengambang
Kedinginan mula meremang
Mengira setiap detik terpejam
Gelap..

Masih deras gemuruh darahku
Melimpah menuju akar kegelapan
Degup jantung yang membingit
Benar mencabar hasratku

Manakah jalan pintas
Biar gelap ku masih bernafas
Ranting musuh tertusuk dibelikatku
Nyawaku takkan terlepas ditanganmu
Gelap kau terangiku

Ku usung berjela kata
Menepis berjuta bicara
Angin patahkan derita
Awan memutih segar
Kebenaran…

Saturday 7 May 2011

TOMMY PAGE & AMY MASTURA 

:::THE BEST PART:::

The best part in the morning is...
Opening my eyes...
Seeing you next to me
Make me realize... That all in my heart...
...You're the best part

The best part of the day is...
Receiving your call...
Taking me away from the rest of it all...
Hearing your voice...
...That's the best part

The best part of sundown
Is the colourful sky...
Dreaming of us... Eye-to-eye...
Thinking of you...
...That's the best part

Although there maybe bad times...
That cause us some pain...
If all the times were good...
It wouldn't be through...
But I'd go through the bad times...
Just to have one good time with you...

repeat 1st verse...

When I think of my life...
And the day of my love...
The best part of living...
...Has been you...

When I dream in the night...
Hold you close... Hold you tight...
The best part of loving comes true...

The est part of my life...
...Is being with you...
If you ever ran away...
...My life would be through...
Coz' right from the start...
...You've been the best part...
...The Best Part....

jikA sAAt itu~

jika saat itu
aku masih mampu tersenyum
aku senyum untuk senyumanmu terus ada

jika saat itu
aku masih mampu ketawa
aku ketawa untuk ketawamu terus wujud

jika saat itu
aku masih setia jadi peneman
aku teman untuk temani kenangan2 indahmu

jika saat itu
aku rebah dalam saatnya
saat itu bukan lagi milikku pada detik itu


:::sebuah keredhaan:::

Thursday 5 May 2011

~ceritA sedih~

apa yg sedih?banyak perkara yang menyedihkan....disebabkan banyak perkara yang menyedihkan,aku nak buat satu skrip yang sangat sedih sampai meruntun jiwa dan sanubari orang yang tak pernah sedih...atau erti kata laen,yang EGO nak menangis!!yeaaaa....tunggu okkey!!!aku akan buat yang semampu aku...kalau anda masih tak sedih jugak, ini bermakna anda hilang satu nikmat....iaitu nikmat mengingatiNya....=)

Sunday 1 May 2011

kAku~

Kalaulah saya boleh lihat mata awak tersenyum,
Pasti air mata ini tak jatuh…

Lama sungguh awak kaku…
Tubuh saya jadi kejang
Entah bila dapat rasa semangat awak…
Saya rasa dah semakin lemah
Lemah melihat kesungguhan awak terus kaku
Kaku yang lesi dan lesu
Keadaan awak tak berubah
Mana jiwa dan roh awak?

Sekali lagi awak datang
Tapi sekadar datang
Tanpa membawa apa-apa
Patutkah saya sedar…
Saya bukan siapa-siapa pada awak?
Mungkin awak lebih suka
Saya kejang di sini
Sebab awak tak nak saya tahu
Awak tipu…
Awak berpura…
Awak terpaksa…
Terima saya tanpa rasa…
Tapi awak tak sedar
Saya tahu semua itu walaupun saya kaku
Sama seperti rasa awak…
Sebab itu saya tak terjaga
Saya jadi pekak…
Kerana tiada suara awak
Berbisik sayang dan cinta
Seperti dahulu disaat semangat kita bersama

Haruskah aku sedar dan terus melihat sisi topengmu?
Atau aku terus kejang dan kaku disini?
Mungkin juga aku harus pergi…
Agar kau tak dihentam rasa bersalah
Dan aku berhenti merasa resah…

Friday 29 April 2011

SAYANG ITU BESAR MAKNANYA~

Aku tak nafikan…dalam diri dan perasaan aku SAYANG ITU BESAR MAKNANYA…kerana rasa itu aku jatuh..aku tension..aku senyum tak lepas..aku menangis..aku berharap..

Susahnya nak kurangkan sayang yang seakan membunuh aku setiap kali rasa itu timbul…sebab aku tau yang kau tak tahu sayang yang terbit sekali,tak akan terbenam walau sedetik…

Tapi bila sayang itu tak berbalas,ia jadi malap walaupun tak pudar…bila ada sayang,rindu pun tak pernah segan bertandang…tapi aku sering berduka dengan rasa itu…kerana diri aku sendiri…

AKU BENCI PERASAAN INI!

Thursday 28 April 2011

bukan KEKWAT laaa.....~!

kadang2 aku malas nak layan org yg KEKWAT @ KEREK abessss ni...tp haruskah aku menilai org mcm tu sebegitu cepat????weyh!ko salah laaa derrrrr~! cepat sgt nilai org...DUSHHH!!ko tak kenal die lagi ko dah kate die KEKWAT @ KEREK....silap tuu!ko pandang sekali jgn terus menilai...kau tegur sekali jgn terus mentafsir...mana tau time ko pandang tu die tgh BADMOOD dan muka dia macam rasa nak baling je pasu bunga yang berhampiran...tak pown mungkin time ko tegur die, die tengah busy buat keje dan sebab tu laa dia balas sikit je...tak pown mgkn cara dia mmg camtu???hey!derrrr....kadang2 manusia ni tak sedar apa yang diorg buat...diorg ckp...diorg pandang...ko tau ken konsep 'MANUSIA TAK SEMPURNA' macamana??haa...klu ko tau mmg patut ko follow...camne nak follow???klik je kat butang 'HORMAT HIDUP ORG,ORG HORMAT HIDUP KITA'...okkey derrrr? kalau diorg tak hormat hidup ko,jangan laa cepat sangat nak melenting..melatah..mengamuk..cuba ko tgk masa lepas@lalu@silam ko....mesti ade salah silap yg ko buat...sbb tu ko dibalas mcm tu jugak...atau kalau ko betul2 baek tahap tak hingat la ken...mungkin Allah nak uji kesabaran ko...ko tau ken, mane ade ss2 tu jadi tanpa sebab beb!xbanyak,sikit pown tetap ade sebabnye....terlalu luas nak citer psl sebab...pk sendirilaa~

sungguh indah takdir Allah~

Pagi tadi aku bangun…tiba2 deria bau aku hilang…memang aku selsema tp time pagi tu aku punye selsema tak teruk pun…perasaan aku???risau + heran + takuttapi sesungguhnya mengingati dan menghambakan diri kepadaNya adalah jalan yang paling mujarab bagi semua penyakit! Alhamdulillah, lepas solat subuh…aku ditakdirkan bersin sekali…kemudian, deria bau aku kembali! Syukur alhamdulillah…indah sungguh takdirNya

Sunday 24 April 2011

~DIAM.DALAM.DENDAM~

apa maksud DIAM?
Dengan
Ini
Aku
Mati

apa pula maksud DALAM?
Disaat
Angin
Longlai
Atasi
Minda

dan maksud DENDAM?
Dan
Engkau
Nampak
Dalaman
Aku
Menjerit

apabila dicantumkan maka, jadilah :
DIAM.DALAM.DENDAM.
Dengan Ini Aku Mati Disaat Angin Longlai Atasi Minda Dan Engkau Nampak Dalaman Aku Menjerit!

Thursday 21 April 2011

izinkAn Aku melAngkAh~

seadanya diri ini bukan untuk menyakiti..
bukan juga untuk meninggalkan jejak hitam di hati kalian..
apatah lagi hendak membuat onar yang mengundang dendam
tidak akan sekali-kali menjemput musuh
walaupun adakalanya iblis menziarahi hati sepi...

izinkan aku melangkah dari sisi kalian...
mengundur bukan hanya setapak..
berpisah bukan hanya sejenak...
pergi tanpa terlihat detiknya..
biarkan hanya terdengar bayu di hening..
derapan tapak berselindung dibaliknya
biarkan aku pergi..

jangan difikir pergiku selamanya 
aku hanya mahu kau tenang sendiri disamping mereka
tak mahu ku undang kegersangan pagi
kerana sayang yang tetap ranum ini
sentiasa ada untuk dijamah sekalian hatiku
aku berundur dan pinta izinmu
agar pergi ku nanti tidak kalian tangisi...

saya terharu~ =')

Otak terhakis mendesak lenaku.
Terasa jauh tapak yang berdetik.
Jangan di undang pagi yang gersang.
Sepi melahap kotak rasa ku.
Langit yang buntu bukan mainan akal.
Cahaya lintang-pukang itu merobek mataku.
Salahkah aku mendesak cahaya tembusi hati?
Senyumannya yang kaku menyoal duga ku.
Akal ku mati disini.
Suara angin yang berkias mengajak ku pergi.

kepada anda yang tahu apa itu konotasi, anda akan tahu apa yang di atas ni...ni laa konotasi aku buat untuk persembahan subjek yg Pak AGI ajar....
nak cter ckit pengalaman time wat psembahan tu~
fuhhhhh~ berasap beb.....hahaha
bukan berasap sebab best tp MENGGIGILLLLL siotttttt!!!
nak nyanyi sangat kennn...hah!abes sume pitch sume bterabur...suara mcm naik tingkat 10,then terjun bwh...tangan mcm kena parkinson....CAYALAH KAU AYU!!!memang TERUK giler!
tp apa pulak motifnye entry aku ni ken....
terharu SEBAB????
huhuhu....dengan ini,saya menyatakan keterharuan saya kerana konotasi saya itu telah dibaca oleh PAK AGI dihadapan kawan2 saya!!
ALLAH saja yang tahu perasaan terharu saya ketika itu....
TERIMA KASIH PAK AGI!!
sesiapa yang dalam dunia sastera mesti kenal sangat dengan PAK AGI @ AYAH AGI @ Abdul Ghafar Ibrahim...alaa,yang anak die pelakon tu...Gibran Agi...kenal??haa,korang mesti kenal Ruhil Syafinaz ken??pengacara Wanita Hari Ini tu....haa,tu menantu Pak Agi...bersamaan dengan isteri Gibran...klu xkenal jugak,korg google laa beb.....~! apa guna teknologi...
papepun, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pak Agi dan saya terharu~ =')

Friday 4 March 2011

s.A.h.A.b.A.t ~ ='(

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak di sini lagi
Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir
Chorus
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Ulang Chorus 2X
Kembalilah oh sahabatku
Kembalilah

Sunday 27 February 2011

my 2nd short story~ enjoy!!

~ RINDU SI SUAMI ~

Kalau kau hilang, aku nampak…aku redha. Jangan hilang tanpa aku tahu dimana nisannya. Sedih…sakit! Aku ke sana, kau ada dalam bayangan. Aku gila dengan bayangan itu. Aku kaku dalam kesamaran waktu. Mana? Mana nadimu yang setia bersama jasad disisi ini saat aku tidak terdaya? Aku tahu janjimu masih ada. Masih setia. Masih menjaga..walau kau jauh. Datanglah, aku masih mampu menerima kerana aku terlalu cinta. Aku terlalu rindu! Aku lelah disini, sayang. Kau yang mencipta bahagia sehingga aku terasa hidup dengan kaki yang pantas berjalan. Walaupun hakikatnya…



Menoleh sejenak waktu yang kelam…lantas menjadi kisah.

“Abang, motor Da pancit. Maaf sebab tak dapat balik dan masak untuk abang.”
Menggeleng, tersenyum dan mengeluh. Hanya itu reaksi aku selepas menerima panggilan telefon dari Zuraidah. Isteri yang teramat aku sayang. Waktu rehat aku habiskan di bilik solat. Perut berbunyi pinta di isi tapi hati rela menahan demi saat yang perlu dinikmati sementara dia masih disisi. Aku lebih suka makan dirumah disamping isteriku. Air tangannya, aku sentiasa rindu. Petang itu, aku menjemputnya pulang dari tempat kerja. Senyumannya membuatkan letih yang memaksa keringat jantanku jatuh, terasa dingin dan hilang.
“Abang dah lama tunggu?” nadanya lembut.
“Taklah, baru je sampai. Da dah makan?”
“Makan kuih je tadi. Abang?”
“Belum.” jawabku ringkas sambil tersenyum.
“Maafkan Da abang..” wajahnya di tundukkan. Tangannya pantas menggenggam tanganku erat.
“Sudahlah. Lagi cepat balik, lagi cepat abang makan.” usikku sambil tersenyum.
Tak sanggup aku lihat wajahnya murung dan rasa bersalah. Tidak ada sebesar zarah pun aku salahkan dirinya. Aku lebih rela mati kebuluran daripada kehilangan senyumannya. Aku sering mengelamun tentang dia. Apa saja tentangnya dan di mana saja, aku tak menduga. Perasaan itu seperti orang yang angau dilamun cinta. Ya, benar. Aku jatuh cinta dengannya, setiap hari. Tapi hari itu, lamunanku mengundang derita buat Zuraidah…
Hatinya meruntun…tangisan tidak merawat.

Maafkan abang, sayang. Sekali lagi abang lakukan kesilapan yang sangat sukar dan tak perlu dimaafkan. Hakikat yang pasti, lamunan itu takkan pernah lumpuh walaupun langkah ini kakunya pinta dipapah. Dia terlalu istimewa dalam hati ini. Hingga lamunan itu membawa kepada tragedi. Tapi bukan dia puncanya. Masih terngiang jeritannya yang sayup dan semakin jauh suatu ketika dulu. Alhamdulillah, hanya aku yang tanggung derita ini. Dia masih bernyawa dan masih menjalankan tanggungjawab yang tak pinta dibalas. Tapi sayang, kalaulah ada sedetik masa yang diberikan untuk sayang selami hati abang…mengertilah, bukan itu yang abang impikan. Sedangkan dulu semasa sayang ingin bekerja di kilang itu, abang tidak berapa setuju tapi kerana percaya dan sayang, abang izinkan. Kini, janji yang abang bina dalam hati hanya tinggal janji yang tak tertunai. Janji untuk menjaga dan menjadi pelindung sepanjang hayat sayang. Janji itu seolah-olah menjadi janji dalam diri sayang di saat ini. Ya Allah, aku tahu betapa seksa untuknya menghadapi sesuatu yang di luar harapannya. Dugaan ini menguji cinta kami, Ya Allah. Kau tunjukkan betapa dia ikhlas mencintai tanpa secebis keluhan yang dipaparkan melalui riak wajah. Aku tanggungannya kini. Dia bekerja untuk menanggung aku yang kaku di kerusi roda. Aku tahu dia penat. Penat menjalankan tanggungjawab yang tidak melelahkannya. Aku rasa seperti tidak harus berada disisinya lagi. Biarlah aku pergi asalkan dia tidak menanggung keperitan itu. Tapi aku tak mahu melihat tangisannya jika aku tiada…

Masih mengimbau kisah semalam…
“Syukur alhamdulillah, abang selamat.” ucap Zuraidah, sayu.
“Maafkan abang, Da. Semua salah abang. Abang tak tunaikan janji abang untuk jaga Da sampai akhir hayat…Bantu Da dapatkan zuriat. Kalaulah boleh dipilih, abang mahu pergi dahulu…” tangisan itu tak tertahan.
“Abang, kalau abang pergi tinggalkan Da…Da akan menangisi hingga akhir hayat”
“Jangan Da…abang sangat benci dengan tangisan Da. Jangan sekali-kali air mata itu jatuh sebab abang.”
“Da takkan menangis kalau abang menerima takdir.” Zuraidah tersenyum tawar.
“Abang tak boleh terima lepas ni Da kena pikul tanggungjawab seorang diri. Abang tak berguna lagi Da. Abang hanya akan menyusahkan Da. Abang sayang Da. Abang tak nak Da susah.” tangisanku semakin teresak-esak mengenangkan nasib diri yang tak pasti kemudian harinya.
Zuraidah kemudian meletakkan tapak tangannya di dada aku. Masih terasa kedinginan tapak tangan yang sentiasa membelai kepanasan jiwa selama dua tahun hidup bersama. Wajahnya masih mengukir senyuman walaupun aku tahu dihatinya berat menanggung.
“Maafkan abang Da..”

Waktu berlalu terlalu pantas. Kini hampir 10 tahun aku dikerusi roda dan bergandingan dengan itu juga Zuraidah menanggung keperluan aku. Setiap malam aku menangisi keikhlasannya. Terlalu ikhlas menjaga aku hinggakan dirinya sendiri tidak terjaga. Aku dihimpit rasa bersalah yang teramat berat! Aku menunggu makan masuk ke mulut dan aku menanti tubuh dibasahi air, sedang dia…Dia tak merasa lagi saat romantis yang aku berikan seperti dulu. Dia hilang segala kebahagiaan yang kami gapai seiring suatu ketika dahulu. Dia hilang semua kemanisan hidup dengan aku. Sama seperti hilangnya langkah aku yang kaku tanpa deria rasa. Suatu hari, sekali lagi aku di duga dengan takdir yang cukup berat. Aku rasa seperti kaku yang hanya pada langkah, kini sudah hampir ke seluruh badan. Saat yang aku sendiri tak terfikir akan terjadi. Isteri kesayanganku pergi tanpa sebarang pesan. Dia pergi bukan bernisan, tetapi pergi meninggalkan aku dan menggantikan keikhlasannya dengan seorang manusia yang kejam!

Sampainya hati sayang tinggalkan abang dengan seorang wanita yang tak tahu ertinya kasih sayang. Zakiah menyeksa naluri dan zahir abang, sayang. Abang rela sayang pergi tanpa abang tahu apa sebabnya dan abang lebih rela tinggal sendiri daripada tubuh yang tak bermaya ini menjadi benda untuk Zakiah perlakukan seperti sampah! Mana sayang pergi? Mana keikhlasan yang sayang berikan sehingga aku menangisinya setiap malam? Mana semua keredhaan sayang menerima takdir? Sayang, abang rindukan sayang. Abang rindu melihat senyuman sayang. Abang rindu dibelai dengan kasih dan cinta sayang. Tapi sayang hilang. Hilang disaat abang lena disisi sayang. Ketika mata terbuka, abang hilang arah melihat Zakiah yang menggantikan sayang. Abang janggal. Abang takut. Abang nak sayang, bukan Zakiah! Dia kejam! Dia menyeksa seluruh perasaan abang dengan kata-kata yang sehina sampah yang berulat.

Sayang, abang lebih rela sayang hilang tanpa utuskan sesiapa untuk menjaga abang. Biarlah abang mati sekali pun tinggal sendirian. Biar abang mati kerana merindui sayang…kerana terlalu rindukan hidup bersama. Tapi abang tak sanggup mati kerana kekejaman jiwa yang dicipta Zakiah. Sayang…baliklah. Abang rindu. Tersangat rindu! Abang takkan sekali-kali menyalahkan sayang. Abang tahu, sayang perlukan ruang untuk diri sayang. Tapi jangan pergi tanpa abang tahu sebabnya. Itu lebih menyeksakan daripada merelakan sayang pergi dengan redha. Jika itu yang sayang mahu, abang turutkan. Walaupun kepedihannya benar-benar meranapkan keutuhan cinta kita, abang redha. Tapi kenapa dengan cara ini? Semalam sayang senyum..sayang belai abang. Hari ini, sayang hilang…

Sudah seminggu sayang pergi. Abang masih berharap seperti hari-hari yang berlalu. Pulanglah, sayang. Abang terseksa disini. Sedetik perasaan abang menduga keikhlasan dan kesetiaan sayang. Ya, memang abang seorang yang tiada gunanya lagi. Sayang berhak merasa terseksa menanggung bebanan menjaga tubuh yang tak berfungsi ini. Sayang, baliklah walaupun sekejap. Abang akan lepaskan dengan cara yang sepatutnya. Tak perlu sayang menghilang dan menyeksa naluri abang yang semakin hari semakin bernanah dan berdarah! Baliklah sayang…

“Abang…”
Suara itu mengganggu lena aku. Zuraidah! Ya Allah, terima kasih kerana mendengar suara hati hambaMu yang kerdil ini. Hari ini hari yang terlalu bahagia untuk aku. Bahagianya melebihi hari-hari sejak 10 tahun yang lalu. Dia menangis sambil memeluk kaki aku. Aku merelakan juga tangisanku terus mencurah tanpa henti. Bukan aku memaksanya mencurah, semuanya kerana hati. Hati aku yang meronta sejak beberapa hari yang lalu, inilah yang harus aku rasa sebagai balasannya. Esakkannya semakin meruntun aku untuk merasai apa yang ditanggungnya. Tubuhnya semakin tidak bermaya. Wajahnya masih cantik tetapi kelihatan pucat. Aku tatap wajahnya, aku tenung matanya yang berkaca, aku belai rambutnya dengan tangan yang tak sepantas dahulu. Naluri aku kuat mengatakan bahawa dia sedang menanggung kesakitan yang bukan puncanya kerana menjaga aku tetapi kesakitan yang menjalar didalam tubuhnya.

Seperti yang ku duga. Dia sakit. Ya Allah, dugaanMu benar-benar mendekatkan diri ini denganMu. Hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai seorang suami yang ingin melihat isterinya kembali bermaya seperti dulu. Tapi aku masih terus menyalahkan diri yang menjadi punca. Penjelasannya meruntun aku untuk terus meratapi kekesalan masa lalu.

“Abang, maafkan Da. Da tahu Da salah. Da tinggalkan terus tanggungjawab Da kepada orang yang tak sepatutnya. Da percaya dia boleh jaga abang sebab hanya dia seorang saudara kandung Da. Tapi Da silap. Da minta maaf, abang. Da bukan isteri yang baik. Da tak layak merasa keindahan syurga kerana kunci syurga itu Da sudah hilangkan. Da takkan maafkan diri Da atas penyeksaan yang abang terima. Da menyesal abang! Hanya Allah yang tahu isi hati yang sentiasa merindu abang. Tapi Da tak mahu menyusahkan abang. Da sakit, abang. Da takut Da tak dapat jalankan tanggungjawab Da seperti sebelum ini. Da tak mahu menyusahkan abang untuk jaga Da. Sebab itu Da pergi…” sedu-sedannya merobek perasaan aku yang turut sama menangisinya.
“Tapi Da sedar bukan itu caranya. Da tak mahu jadi isteri derhaka, abang. Maafkan Da. Ampunkan Da. Bukan niat nak meninggalkan abang dengan cara begitu. Da buntu..”
“Abang tak pernah menyalahkan Da. Da ada ruang untuk menghuni  syurga. Abang pasti Allah memberi syurga itu untuk Da di sana kelak. Jangan terus salahkan diri Da. Abang cuma tak sanggup kehilangan Da tanpa abang nampak kepergian Da. Batin abang terseksa sayang…”

Nisannya utuh berdiri. Aku merenung setiap saat yang menjadi teman sepanjang hidupku dahulu. Senyuman berkaca aku tebarkan menjadi risalah hidup kini. Dia sudah tiada. Dia sudah hilang di mata. Dia benar-benar pergi kini. Namun aku tak menyesalinya. Malah aku redha dia pergi di hadapan mata. Dia pergi dengan cara yang menyenangkan. Tikar sejadah yang setia bersamanya sepanjang kehidupan kami, telah menjadi saksi perginya seorang isteri yang terlalu tinggi keperibadiannya untuk aku. Hanya dia yang layak bergelar isteriku. Tiada yang lain. Dia terlalu sempurna untuk aku mengagungkannya sebagai teman setia dunia dan akhirat. Perginya bernisan. Tangisanku kini bukan tangisan penyesalan tetapi tangisan rindu yang pasti akan menjadi peneman sepanjang aku melalui hidup yang entah bila penghujungnya.

Sayang, tenanglah di sana. Semoga kita berjumpa di pintu syurga. Abang tetap menanti waktu itu. Abang mengharapkannya. Biarlah hanya nisan itu yang menjadi tatapan abang setiap hari. Abang harap hati abang cukup sempurna untuk menempatkan sayang didalamnya. Abang janji, pusara sayang akan dihiasi doa seorang suami. 

:::aku rela kau pergi,aku nampak...jangan hilang tanpa bernisan,aku sakit:::

Saturday 26 February 2011

my 1st short story~ enjoy!!

C.I.N.T.A  mAkAn mAlAm ~



Cinta yang aku utuskan adalah cinta yang tak berdialog. Bukan bermakna aku bisu berbicara soal cinta, bukan juga maknanya aku tidak pernah membicarakannya. Balqis binti Razak. Utusan Maha Pencipta untuk dibelai dengan rasa sayang dan penuh perhatian. Ya, akulah Balqis. Nama yang cukup sempurna bagi aku. Berbicara soal cinta, aku teringat kata-kata ibu. “Jangan terlalu mudah ungkapkan cinta, jika kita tak pasti akhirnya.” Memang benar kata ibu. Hidup ibu dengan arwah abah penuh dengan cinta yang aku sendiri tak nampak di mata sepanjang mereka bersama. Keutuhan cinta selama 51 tahun sehingga ke akhir hayat abah, membuatkan ibu meredhai pemergian abah dengan tenang. Pastinya ibu meratapinya di hati. Walau aku tidak nampak, aku pasti ibu merintih sepanjang malam walaupun matanya terpejam. Mana mungkin melupakan cinta yang bertahan dengan menjunjung dugaan yang dipikul bersama. Aku ingin menjadi seperti ibu. Kisah yang diceritakan buatkan aku terfikir….

“CINTA TAK PERLU DIUNGKAP DENGAN KATA-KATA YANG BERTULIS  KERANA CINTA ADALAH DUA HATI YANG SEDIA MENERIMA.”

“Tetamu sedang tunggu dibilik mesyuarat.”
Ketekunanku tersentak. Aku menoleh dan hanya mengangguk. Kertas yang berselerak di atas meja aku biarkan. Laptop yang bernyawa sejak malam tadi aku biarkan tidur seketika. Kertas kerja, pendrive dan beg, cukup. Aku keluar dan melangkah terus ke bilik mesyuarat yang sentiasa membuatkan aku gementar berhadapan dengan rakan kongsi yang bertandang tanpa perlu diundang. Hidup aku tak pernah berubah. Setiap hari, hanya itu yang aku perlu lakukan. Kerja, mesyuarat, kertas kerja, projek dan tak tersenarai apa lagi yang penting selain kerja. Aku bukan mencari kerjaya untuk menolak kisah cinta yang perlu dalam diri manusia. Sedia? Mungkin itulah jawapan segala-galanya. Sedia itu sering terbatas dengan waktu yang tenang berubah tetapi membuatkan manusia runsing mana hentiannya. Aku yakin dengan cinta tika satu saat nanti, ia datang tanpa di undang.

“Makan malam?”
Aku sering terperangkap dengan situasi begini. Kenapa perlu membincangkan tentang hal pejabat di luar? Inikah taktik mengumpan aku untuk jadi perempuan simpanan mereka? Huh!aku bukan wanita yang terlalu mudah memerangkap diri dengan ‘cinta makan malam’ yang direka oleh kebanyakan lelaki seperti kamu, Encik Mohd Zaki bin Ahmad. Tapi tak mengapa. Aku setuju dengan alasan budi itu perlu dibalas dengan balasan yang baik. Terima kasih kepada empunya kereta Fairlady 01 yang banyak memberi peluang untuk aku terus maju. Tetapi bukan cinta yang dicari malam ini. Harap maklum ya, Mr Fairlady.

“Dah lama tunggu?”
Fantastik Fairlady! Tiba-tiba jantung aku berdegup seperti alunan muzik metal. Laju, terus laju dan kemudian tenang dibawa arus profesionalisme. Aku mengaguminya. Seolah-olah aku memerangkap diri sendiri dalam ‘cinta makan malam’ Mr. Fairlady. Ketenangannya membuatkan aku tak senang. Ia seperti cuba mengumpan dengan cara yang paling selamat. Adakah benar apa yang aku rasa? Itu hanya taktik untuk mengumpan cinta aku? Atau sememangnya benar dia hanya ikhlas untuk mencipta makan malam yang sekadar makan, berbual tentang perniagaan, balik dan senyap begitu sahaja. Adakah dia tidak seperti lelaki-lelaki sebelum ini yang cuba mencipta ‘cinta makan malam’ seperti yang dirancang dalam fikiran nafsu mereka? Dia bijak mengawal pertuturan yang membuatkan aku terleka tanpa menyahut kata-katanya. Dia pandai mencuri tumpuan aku sehingga aku merasa tiada yang lain di sisi kiri dan kanan ku. Inikah yang dinamakan cinta? Aku terperangkap buat kali pertamanya dalam sejarah riwayat hidupku.

“Terima kasih untuk malam ini.”
Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepadanya yang memberi banyak makna dari sudut hati. Seperti dirasuk cinta yang dicari, aku mengungkapkannya dengan nada yang aku sendiri tidak sangka aku mampu untuk melakukannya. Mulut berbicara bersama mata yang menikam pandangan mata si dia. Seakan dia tahu dan merelakan. Adakah benar seperti yang aku duga? Adakah aku kelihatan seperti wanita yang terlalu dahagakan cinta? Ibu, Balqis perlukan ibu untuk jawab persoalan yang semakin lama, semakin membunuh hari-hari yang tak keruan anakmu ini. Aku mula merasa bahawa hidup aku sekarang bukan lagi kerana kerja semata-mata. Ya, aku perlukan cinta! Mr. Fairlady? Mungkin. Aku tak mampu menduga hari esok. Aku hanya mengharapkan sesuatu yang mampu menyempurnakan kehidupanku kelak. Sesuatu yang aku percaya, tak semestinya seseorang yang berjaya membuka pintu cinta ini adalah orang yang sebenarnya cinta kita. Terasa ingin aku ucapkan kata terima kasih kepada Mr. Fairlady yang berjaya membuatkan aku terjatuh dalam perasaan cinta. Aku percaya, aku sudah bersedia untuk mencari sesuatu yang aku perlu untuk melengkapkan riwayat hidup aku. Cinta Itu Noktah Tanpa Akhirnya. Ya, itulah C.I.N.T.A yang aku cari sejak makan malam bersama Mr. Fairlady.

“Izinkan saya sentuh awak..”
Dia datang dengan kelembutan. Buat pertama kalinya aku merasa kedinginan dan memerlukan perlindungan pelukan yang rapi. Aku sudah dimiliki dengan ikatan yang sah. Hidupku sempurna dengan belaian yang aku dambakan daripada seorang suami. Masa yang berlalu begitu singkat. Sedangkan pencarian cinta itu sungguh melelahkan. Belajar dari seseorang yang mengajar aku tentang cinta, melenyapkan kerapuhan hidup yang sering dibelenggu sepi. Besarnya makna cinta sehingga menolak aku ke lurah perasaan yang begitu indah bersama titian kasih yang tidak melukakan. Pelayaran ku sebagai seorang isteri cukup sempurna bersama pengemudinya. Kebahagiaan ini sememangnya membuatkan aku bersyukur atas nikmat yang diberikan. Benar kata ibu, “apabila kita merasa bersedia tentang sesuatu perkara, Maha Pencipta tahu apa yang terbaik untuk kita”. Terima kasih ibu kerana kata-kata ibu sentiasa ada untuk melengkapkan lagi kehidupan Balqis. Walaupun agak terlambat untuk Balqis bersedia semasa hayat ibu, tapi Balqis sedar jika itu tidak berlaku, Balqis tak akan hidup dengan kata-kata ibu. Ibu tak bersama merasai perasaan Balqis saat ini tapi ibu sentiasa ada bersama degupan nadi Balqis dalam mencari kesempurnaan hidup selayaknya seorang manusia yang mengikut aturanNya.

“Saya harap awak bahagia dengan saya..”
Kata-kata itu cukup menikam nadi rasa. Benarlah, kehidupan tidak boleh diduga manusia. Perkongsian kasih itu tidak selama hayat ibu kepada abah. Tapi persamaan kami adalah sama. Kami bercinta dari hati yang bukan direka dengan tulisan lalu mengungkapkannya dengan hafalan. Ibu, perlukah ada cinta kedua selepas kita merasa cinta yang suci itu selayaknya untuk yang pertama? Kalaulah ibu masih ada, pasti ibu tahu perasaan Balqis disaat menerima ketentuan takdir yang sungguh menguji keimanan Balqis. Ibu, suami Balqis sudah tiada lagi di sisi. Dia pergi dengan tenang. Balqis melepaskannya dengan redha kerana itu yang dia mahukan. Hanya itu yang mampu membahagiakannya disana. Ibu, Balqis sunyi. Balqis rindukan ibu dan dia. Mungkinkah disana ibu akan bertemu dengan lelaki yang berjaya membahagiakan Balqis di dunia ini? Aku tidak tahu aturan hidup disana. Pemergiaannya benar-benar mengunci langkah aku untuk mencari cinta lain. Walaupun dia tiada lagi di sisi, tetapi cinta antara aku dan dia tetap tiada pengganti. Benar, aku teramat merinduinya sehingga aku merasa indah dalam kerinduan itu. Abang, harapan abang benar sama sekali. Ya, sayang bahagia dengan abang.

“Kita jumpa disana..insyaAllah.”
Abang, sayang berharap dengan kata-kata abang itu. Sayang terlalu rindu abang. Maafkan sayang kalau abang tak bahagia dengan cinta yang sayang berikan selama kita bersama. Sayang dah cuba segala-galanya untuk abang. Sekali lagi aku merasa hidup ini sangat perlukan cinta. Bagi aku, cinta itu sukar memulakannya; apabila sudah bermula, terlalu berat melepaskannya pergi; dan apabila sudah pergi, susah untuk membinanya kembali. Jika di beri peluang sekali pun, tidak akan sama dengan yang sebelumnya. Perlukah aku mencari sekali lagi cinta yang mungkin sekadar peneman sepi? Aku tak mahu berdosa dengan memberi harapan yang tak tahu mana ikhlasnya kepada mereka yang berharap. Sekiranya suatu hari nanti ada ruang untuk aku menikmati kembali rasa sucinya sebuah cinta, aku merelakannya asalkan aku bersedia. Namun, hatiku sering berkata rasa cinta terhadap suami ku itu adalah cinta pertama dan terakhir aku terhadap insan bergelar lelaki. Sementara bernafas, aku tunduk dengan ketentuanNya. Apa yang dijanjikan, tak semuanya akan berbalas. Begitu juga janjiku untuk menjadikan dia suami ku satu-satunya. Maaf abang, sekiranya sayang terpaksa mengalah dengan desakan jiwa.

“Kerana indah tetap ada..KITA”
Hidup aku masih sendiri. Masih gembira bersendirian. Masih merindu yang tiada. Masih mengharap indahnya makna kehidupan. Keagungan Yang Maha Kuasa menjadi keutamaan ku disaat meniti hari-hari yang entah bila penghujungnya. Kekuatan yang aku miliki adalah kekuatan mereka yang dekat tetapi jauh di alam sana. Tatkala sedih, aku gubah nada disulami kata-kata yang menguatkan rasa cintaku terhadap mereka.

Bila ku pejamkan mata
Terbayang wajahmu ada didepan
Tak sanggup ku buka mata ini

Dan hanya suara memanggilmu
Dalam rindu yang semakin
Mendalam dihatiku

Bila ku pejamkan mata
Terasa bagai kau ada disisi
Tak daya ku buka mata ini

Dan bila ku sedar
Takkan selamanya kau disisi
Dan bila ku tahu
Ianya takkan kembali lagi
Kau ku rindu

Akan ku relakan jua
Mataku terbuka walau kau tiada
Biar ku tangis dalam tertawa
Kerana Indah Tetap Ada..KITA

Terima kasih kepada kalian yang telah memberi aku kehidupan yang sempurna. Abah, walaupun hayat abah seketika dan hidup ini tak merasa kasih abah lebih mendalam, Balqis redha kerana abah memberi Balqis semangat untuk mencintai hanya seorang. Ibu, kata-kata ibu sentiasa menjadi pendinding semangat untuk Balqis terus berada dekat dengan kasih sayang ibu yang tak pernah terhenti walau sejenak. Mr. Fairlady, terima kasih kerana memberi ketulusan cinta yang sungguh indah sejak awal pertemuan kita sehingga ke akhir hayatmu. Walau tak berbicara, ia tetap terpancar dari dua hati. Entah apa yang berlaku hari esok…aku hanya meredhainya. 

:::Cinta Itu Noktah Tanpa Akhirnya:::

Friday 25 February 2011

izinkAn Aku bersuArA...

suArA ini tAk perlu didengAr
jAnjiku tidAk AkAn mencemAr sunyimu
nAmun suArA ini ingin terus berkAtA-kAtA
pAdA AlAm yAng bising mencAri kebenArAn
pAdA mAnusiA yAng sedAr AkAn kesedArAn
pAdA hAiwAn yAng lemAh tAk tAhu AwAlAn

Aku ingin bertongkAt dengAn suArA ini
berjAlAn mengelilingi merekA yAng sAyup bernyAwA
ditelAn mentAh-mentAh kAtA berbisA
wAlAu mAnisnyA menggAntikAn gulA
gulA yAng pelbAgAi rAsA
rAsA yAng mencAlAr AkAl
AkAl yAng meliAr dibumi nAfsu!

suArA ini tAk usAh didengAr
tAk AkAn berbunyi wAlAu sepAtAh
tAk mAmpu memecAh hening pAgi yAng bisu
itu jAnjiku!

jikA kAu tersentAk
jikA kAu terdengAr
jikA kAu mengeluh
jikA kAu berkerut
jikA kAu AmArAh
jikA kAu membisu
jikA kAu terkedu
jikA kAu menyuruh Aku senyAp!
suArA itu tetAp terus bersuArA
kerAnA suArA itu
pekAk..bisu..butA
kerAnA kAu yAng bernAmA mAnusiA…

Saturday 19 February 2011

hAti ini pernAh terlukA...~

hati ini pernah terluka..
tajamnya kehalusan itu..
selalu menerjah rongga kesabaran..
terlukanya hati bila minda terbuka luas
merelakan kesakitan itu terus bersarang..
air mata yang sentiasa dibendung
berinteraksi dengan minda
"ah!jangan dilayan...hanya menguji sabarmu"
tp bila hati menyahut
dengan sahutan yang terlalu pedih
"apa guna aku ada terus disini?"
"adakah aku hanya permainanmu saja?"
"aku hanya hiasan dinding kosong yang berlumut?"
tatkala itu dia mula menangis...
aku yang menjaganya selama ini terkedu...
hati itu juga aku
pedihnya apabila air mata hati tu terus mengalir
seakan satu kebangkitan
untuk sesuatu tindakan..
tapi tidak!
itu bukan aku!
aku suka begini terus...
senyap..senyum..
tapi jika aku senyap
jangan sangka hati ini terus tersenyum
senyap aku sebab aku bukan bising
ya..sekadar memujuk hati yang sentiasa menangis
"mereka tidak mendengar kamu..hati"
"mereka ada cara yang dirasakan benar..hati"
"mereka hanya melihat apa yang mereka tidak nampak..hati"
"kadang2 mereka tak tahu siapa diri mereka sebenar..hati"
"maafkan saja ye hati..."
namun,hati terus menangis
kerana hanya tangisan itu teman paling setia
dan hanya tangisan itu yang menghadap Maha Pencipta...

:::Ya Allah,kau tenangkan hati ini kerana aku tak sanggup untuk menangis lagi:::

Sunday 16 January 2011

Lirik Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu


Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu



(saya sangat2 suka lirik lagu ini!)

Thursday 6 January 2011

Aku dAn 2011~

2011???huiiiyoooo~~~

xde pape yang nk di update....

yg pasti....sem 2 ni MENTAL kena kuat!!!