Thursday 29 December 2011

i'm so scared to lose you just bcoz of the simply s***!

Setiap kali aku tukar nama seseorang dalam fon, mesti akan ada perubahan dalam perhubungan aku dan dia…tahu tak, BETAPA AKU BENCI KEADAAN INI! Saat aku dah mula mengingati nombor telefon dia,mesti ada saja yang tak kena…AKU BENCI!ya aku BENCI KEADAAN INI! Saat ini air mata aku bergenang. Aku sayang kau! Tapi jangan terfikir aku lebih…tak pernah lebih apatah lagi kurang…aku cuma tak nak kehilangan kau hanya disebabkan benda-benda BODOH…kau selalu buat aku tersenyum…tapi kali ini kau buat aku menangis kerana MUNGKIN kesilapan aku sendiri…Ya Allah,berikan ketenangan dalam hubungan kami…Kau lindungilah perhubungan ini…jangan ada persengketaan yang boleh merenggangkan…sesungguhnya aku tak mahu semua itu terjadi…dan sesungguhnya Engkau mengetahui SEPENUHNYA TENTANG HATI HAMBA-MU INI…amin Ya Rabb…

Saturday 10 December 2011

mAlAm itu~

Malam itu…
Bulan temani aku bersama serpihan bintang
Ya,hanya aku..
Untuk saat itu
Di satu sudut,
Sudut yang telah lama aku tinggalkan
Aku kembali menyentak silam
Peritnya Dia yang Maha Tahu
Betapa aku rindu tentang kelam..
Kelam yang takut
Dan kelam yang tenang…
Beberapa ketika aku kenang kembali
Satu detik yang membawa aku ke sudut itu
Sudut yang menyaksikan aku tenggelam dalam sebak..
Kau faham?
Atau kau tahu?
Baru sebentar,
Tapi lamanya bagaikan diri aku lahir
Terasa seperti melihat bayang-bayang sendiri
Yang cuba memberi aku senyuman sepanjang malam
Ya..kau mencuba
Aku rasa getar itu
Betapa hati ciptaanNya mengerti dan basah
Basah yang tak mampu diperah
Kalian,
Terima kasih untuk senyuman sepanjang malam
Senyuman yang aku cari dalam diri aku
Aku ke temu malam itu…
Terima kasih untuk segenap saat yang berlalu dengan indah
Mungkin kalian tak nampak
Betapa terisi ruang kosong yang selalu sunyi
Aku tak tahu
Bagaimana penghargaan hati ini harus diterjemah
Aku tak tahu
Harus bagaimana aku memberi balasan
Yang aku tahu
Adanya hidup aku dengan kalian
Yang aku tahu
Sejauh mana pun aku teroka tak sama dengan kalian
Andai malam itu yang terakhir
Aku takkan lupa setiap saat
Walau kotak akal mungkin akan reput
Aku membawa hati bersama malam itu
Hati aku ada kalian
Semoga suatu hari hati ini mampu berbicara
BETAPA AKU SAYANG…

[TERIMA KASIH~ adik,kenzo,asma',atiq&nabilauntuk satu rasa yang indah…]