Wednesday 25 January 2012

Aku.tAk.selesA

aku rasa terlalu banyak ruang yang masih belum terisi dengan kelebihan...apa kelebihan yang aku ada?
AKU KOSONG...tapi disebabkan itu, aku nak cuba SEMUA!bukan aku tak kisah apa yang orang lain nak fikir...sebab xde manusia suka dirinya disingkir dengan kata2 'kurengggg nyum2'...tapi aku tak suke apabila ada segelintir yang memuji dan menunjukkan 'kelebihan' aku...terima kasih kerana mengagumi...tapi aku kurang senang kau berkata tentang itu dihadapan semua...aku jadi kaku tak tahu nak bagi reaksi apa..aku diam bukan bermakna aku dah terbang tinggi..melambung mesra dengan pujian2 itu semua...tapi aku rasa serba tak kena...mungkin kau boleh hargai apa yang aku buat, dihadapan orang lain dan yang pasti TANPA AKU DI KETIKA ITU...aku takut dengan pujian...aku terima setiap caci dan keji...jika disuruh pilih,aku pilih untuk dengar yang negatif...boleh aku betulkan apa yang patut...kalau yang positif, biar aku tahu sendiri...jangan beritahu aku dengan senang~ AKU.TAK.SELESA.

Wednesday 11 January 2012

kawan...sahabat...teman?

aku tak mampu jadi sahabat terbaik untuk kau
aku sering lupa setiap apa yang aku cakap...
apa yang aku buat...
apa yang aku fikir...
semuanya...hampir semuanya mengecewakan
bila mana aku mencari seorang teman...
aku terlupa seorang sahabat...
dan aku semakin hilang kawan...
apa erti tiga kata itu?
kawan...
seseorang yang aku kenal...
dan dia mengenali aku...
jumpa..tersenyum...
adakalanya berborak sekadar membasah tekak...
tak semestinya rapat
tapi tak semestinya tiada apa yang dikongsi bersama...
ada...cuma rasa itu lain
sahabat...
seseorang yang kita kenal
kita rapat
kita tahu sedikit atau sederhana tentang dirinya
yang adakalanya mampu memujuk kegusaran hati
yang adakalanya pandai melahirkan tawa
mereka dekat dengan kita
mereka mendengar dan melihat hati kita
mereka tahu tentang kita...
teman?
wujudkah mereka seperti utuhnya gelaran itu?
teman tiada 'adakala'
teman sentiasa ada walau kita tak minta
teman tahu apa yang kita mahu walau tak diucap
teman ada saat kita perlukan semangat untuk teruskan hidup
teman ada walau kita tak pernah hadir
dan apa yang pasti...
teman itu ADA dan bukannya ADAKALA
aku?
aku lupa...
mana satu kawan...
mana dia sahabat...
mana adanya teman...
dunia tak pernah memberikan jawapan yang telus
selagi hati manusia itu berbalah...

maaf...
aku seorang kawan yang menjengkelkan
aku seorang kawan yang suka mengganggu
aku seorang kawan yang tak tahu menghargai
aku seorang kawan yang tak sedar kehadiran kau
aku seorang kawan yang hanya kawan....biasa.
jangan minta lebih daripada aku
aku tak mampu...
maaf...
aku pastinya bukan sahabat hidup mati
aku pastinya bukan sahabat yang dicari
aku pastinya bukan sahabat yang dinanti
aku pastinya bukan sahabat yang tahu menghargai
aku pastinya bukan sahabat yang kau tunggu-tunggu
aku bukan siapa-siapa
jangan mengharap lebih daripada aku
aku tak layak...
maaf...
teman itu bukan gelaran yang layak untuk aku
teman itu bukan terma yang sesuai untuk aku
teman itu bukan ucapan yang suci untuk aku
teman itu bukan mainan minda untuk aku
teman itu BUKAN UNTUK MANUSIA SEPERTI AKU!
aku hanya cebisan
jangan menduga lebih daripada aku
aku tak berhak...

maaf...
nilailah mana satu layaknya aku dimata akal yang berhati
lahirkan dari dalam diri kalian yang lusuh
sucikan kelusuhan itu dengan ikhlas
kerana aku tak mampu menduga siapa aku sebenar
yang aku tahu
AKU SAYANG SETIAP KALIAN.

twin K~

kita semua ada 'twin K'...mungkin 'twin K' anda sihat...bagus!kalau anda menjaganya dengan baik...tapi saya tidak....saya mencampak nikmat yang Allah bagi kepada saya untuk saya hidup selesa..sekarang saya hidup dalam tekanan yang sedikit mengganggu kehidupan hari muka saya...Allah memberi saya ujian ini dan sudah pasti Dia tahu bahawa saya mampu menjalani dugaan ini...sakit...sangat sakit...Dia tahu...Maha Tahu...tapi saya tak boleh mengalah...saya perlu terus kuat untuk melihat senyuman orang lain...namun sekiranya saya tak mampu bertahan untuk terus berpura2 tersenyum dan ketawa didepan semua orang, biarkan saya terlantar hanya saya seorang tanpa melibatkan orang lain untuk menanggung kesengsaraan ini...saya tak mahu mereka menghabiskan duit dan tenaga mereka untuk saya yang mungkin suatu hari nanti tiada gunanya lagi.........................

Monday 2 January 2012

jikA~

Sebelum mata terlena buat selamanya….
Aku mengharap beberapa perkara…

Pertama,
Aku harap mereka seperti sebelum ini…
Rapat…
Sangat rapat…

Kedua,
Semua hutang aku dah terbayar…
Terbayar SEMUA!
Yang menghalalkan…TERIMA KASIH!

Ketiga,
Aku mampu dapat Anugerah Dekan…
Untuk mak ayah aku…
Untuk kegembiraan mereka…
Dan untuk kebanggaan seluruh keluarga aku…

Keempat,
Kesalahan ku ke atas semua orang yang mengenali aku…
TELAH DIMAAFKAN…
Harap aku tak pergi tanpa mereka memaafkan aku…
Aku sangat mengharap.

Kelima,
Aku dapat jumpa dengan orang2 yang aku nak jumpa…
Yang nak sangat jumpa…
Tak kisah sama ada secara sengaja atau tidak.

Keenam,
Aku nak peluk orang2 yang aku nak sangat peluk…
Peluk tanda pertemuan terakhir…

Ketujuh,
Aku nak karya aku dibaca oleh orang lain…
Kalau tidak menjadi yang teragung pun…
Cukup sekadar orang tahu siapa AYUBASIR.

Kelapan,
Mungkin ini yang terakhir…
Aku nak buat semua orang benci aku…
BENCI AKU SEBELUM AKU PERGI…
Supaya kehilangan aku nanti tak dirasai sangat…
Aku tak nak orang menangis bila aku pergi…
Biar aku pergi dengan tenang…
Setenang mereka menerima aku dalam hidup mereka.

Kalian,
Saya sangat menyayangi dan menghargai setiap kehadiran kalian…
Dekat mahupun jauh…
Mengungkapkannya bukan sesuatu yang mudah…
Mungkin ada yang pernah menerima…
Tapi biarlah Allah lebih mengetahui semua yang aku rasa…
Jaga diri kalian…
Salam sayang daripada AYUBASIR =)