Saturday 25 February 2012

tAk kesAhLAh~

Tak kesahlah kau pernah kutuk aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah benci aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah pedajal aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah masuk kelab
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah amik dadah
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena halau rumah
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah mencuri
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena tangkap
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah herdik aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah sakitkan aku
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau pernah kena kutuk
Kau tetap kawan aku
Tak kesahlah kau macam mana pun
Kau tetap kawan aku
Yang aku kesah…
Kalau kau takde.

Sunday 19 February 2012

::konklusi hAti::

dalam hidup ni kena sedar BANYAK perkara...
kau jangan ingat semua orang suka cara kau!
kau jangan ingat semua orang boleh ikut arahan kau!
kau jangan ingat semua orang faham apa yang kau buat!
kau jangan ingat semua orang tahu apa yang kau rasa!
kau jangan ingat semua orang boleh terima gurauan kau!
kau jangan ingat semua orang senang masuk dengan fikiran kau!
kau jangan ingat semua orang akan ada dengan susah senang kau!
kau jangan ingat semua orang boleh terima layanan kau!
kau jangan ingat semua orang ADALAH ENGKAU!
kita hidup atas diri sendiri..
kita tanggung apa-apa salah atas bahu sendiri..
kita buat apa saja atas rasa sendiri..
ada orang lain fikir tentang kita sepenuhnya?
tak ada..
ada orang lain sedar detik hati kita terasa etc?
tak ada..
ada orang lain datang pujuk masa kita jatuh?
tak ada..
sebab semua orang tak lalui apa yang kita buat
sebab semua orang tak rasa apa yang kita pendam
sebab semua orang tak fikir apa yang kita harap
kita...hidup kita.
kita tak boleh dalam diri mereka
mereka tak akan boleh dalam diri kita
kau berjuanglah apa pun,
diri kau jugak yang akan rasa sakit gembiranya
berkongsi dengan diri sendiri...
berkongsi dengan Maha Pencipta...
kau tak mampu berkongsi dengan mereka
yang sedikit terluah pun,
hanya sekadar luahan..
bukan pembentangan hati...
dan kerana itu semua,
kau terpaksa layan hati sendiri.
sepi & kosong,
sedarlah..

Sunday 12 February 2012

cArA Aku~

salam...

maaf..aku hidup ikut cara aku..
aku nak buat apa aku punya suka
apa yang aku buat untuk gembirakan hidup aku yang satu ni
sebab tu aku cuba gembirakan orang lain
kalau mereka gembira,
aku akan paling gembira
PUAS!
aku takut nak menyakiti org2 yang aku sayang
lebih2 lagi kalau mereka sakit dan pendam
dan lebih2 lagi kalau sakit itu puncanya AKU!
aku terlalu menjaga
aku terlalu obses melihat senyuman mereka
dan aku terlebih obses untuk membuat mereka tersenyum...
jangan marah aku
jangan tanya aku
jangan pertikaikan aku
aku buat semua itu kerana hidup kita masing2 hanya sekali
ya,hanya sekali..
maka,disebabkan itu..
aku sengaja beri peluang pada diri aku
untuk buat apa yang aku suka
izinkan aku menggembirakan kamu...
itupun kalau kamu ingin melihat kegembiraan aku
jangan halang apa aku nak buat
kerana aku masih tahu hukum hakam
walau bukan tahap arif
aku bahagia, walau payah
"membahagiakan orang lain buat hidup aku lebih bermakna"

Saturday 11 February 2012

MR. 10yeArs~

salam...bermula dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...aku ingin bercerita tentang MR. 10years =)
nampak ken senyuman ku disitu?hehehe...mula laa nk menggedix ni...okkey2,kita mulakan trivia tentang aku, dia dan dotdotdot...jengjengjeng~
1) dia kawan sepupu aku.
2) umur atas setahun dr aku [mksudnya sekarang dia 24tahun]
3) kitorg satu sekolah, satu daerah, lain jantina [memangla sengal~!]
4) dia seorang yang berwajah serius, cool/relaks, pengawas, tak banyak cakap,smart (@,@)
5) pindah sekolah masa tingkatan 4 [dan aku sempat usha dia masa dia datang sekolah untuk selesaikan hal2 pindah skolah.sedih.tapi apakan daya.]
6) masa dia masih disekolah tu, aku selalu gak dok usha dia 'baekkkk punyeee~'. kelas jauh tapi masih boleh nampak dari jauh kelibat dia. [hehe]
7) ada satu insiden yang membuatkan aku lebih tertarik dengan personalitinya...semasa dikantin,dia dan kawan2 dia berjalan sekelompok menuju ke mana arah pondok yang berdekatan. kat pondok tu ada kawan aku (ppuan). semasa di pondok, mereka semua berbual sambil menghadap satu sama lain. kecuali dia. ya, kecuali dia. dia memalingkan tubuhnya membelakangi mereka! [adakah anda dapat membayangkan situasi tersebut?erkkk~ maksudnya dia join sekali dok kat situ tapi tak join perbualan mereka dengan kawan aku tu.]
8) aku suka tengok cara dia jalan. [tegap dan ada karisma.]
9) he is speky boy(sometimes) and i love it!
10) dia tersangatlah gorgesssss klu pakai baju kadet polis! [bagi aku dia sgt2 berkarisma masa tu.]
11) kami pernah berdating [OH!] tapi di temani sepupu aku [huu..] dan masa kitorg sedang berbual, sepupu aku tu dok belek muka kitorg..nak tau die kata apa? "muka korg ni sama.ada iras2."(lebih kurg cmtu laa ayatnye.xhingat.dah bertahun3). masa tu jugak aku belek muka dia. ada iras adam af. [haha!]
12) kitorg pernah berbual dalam fon (guna telefon rumah lagi you!) dan sms tu semestinya ada~ hehe
13) aku agak rapat laa dengan adik dia [adik beradik dia semua lelaki...5 HERO!hekhek]
14) dia tak sombong walaupun pendiam. [tapi mungkin dia tak berapa rapat dengan perempuan..jadi dia ber'kau-aku' dgn aku...erkk~ tapi comel ken?haha]
15) yep!aku mengaku pernah bagi hint yang aku suka dia tapi bila dia tanya aku tipu.[masa tu aku rasa, "bodohnya aku!sapa suruh bagi hint!dushhhhh!]
16) dia tanya, aku suka dia ke? aku cakap 'YA'....sebagai kawan. [dalam hati,xnak 'kawan' boleh???haha]
17) kitorg last jumpa waktu aku dah abes SPM tapi masih sweet 17 lagi..hehe..masa tu aku yang suruh dia datang Hari Kantin sekolah tapi kitorg tak borak sangat pun...dia lebih banyak borak dengan kawan kelas dia dulu..[ayu gak namanya]
18) bila masuk blaja kat uitm, aku dah mula mencari sesapa yang mampu menggantikan tempatnya, tapi tak jumpa. cinta main2 pun aku xleh nak balas seikhlas hati. kesian kawan aku sorang tu, aku bukan nk mpermainkan dia tapi hati tak sedia nak terima rasa cinta baru.
19) haa...tahun lepas, aku jumpa nombor contact dia kat mudah.com.my. masa tu tiba2 teringat dia dan search nama penuh dia kat google dan jumpa. heeeeee~ aku seronok gila masa tu! dan amik masa jugak untuk sms dia. seingat aku, itu adalah kali pertama dan terakhir setakat ni aku contact dia. dah lama jugak tak contact.baru2 ni search lagi nama dia dan jumpa lagi kat 'mudah' tapi numb fon dah bertukar. hmm~ kali ni tak tahu laa bila plak nk contact. tak tau alasan apa lagi aku nk bagi. masa 1st dpt numb dia tu aku buat2 tanya dia tu ex-sekolah lama ke. kali ni nk tanya apa pulak?ade idea?hehe
20) yang aku yakin dia takde facebook...sbb dia kurg bersosial...puas dah aku jelajah..tnye kawan2 dia pown,katanya dah lama tak contact..adehh
21) last aku msg dia, dia kata dia keje kat melaka. sebelum tu dpt tau dari adik dia yang dia belajar kat kptm johor. oh ye,adik dia pown aku dah tputus khabar..haihh..
22) aku cadang nak pergi jumpa dia kat melaka sem depan..dah alang2 nak gi rumah mak angkat kat sana..aku bukan nak luah perasaan kat dia ke apa,aku cuma nak jumpa dia. rindu. kalau ditakdirkan aku pergi awal,sekurang2nya aku dah tatap wajah insan yang pernah membawa aku ke alam rasa yang indah dan berjaya buat aku setia. aku tak minta untuk jadi miliknya tapi cukup untuk aku jumpa dan tatap wajahnya selepas 6 tahun tak bersua. itu hajat aku. kalau tak tertunai, korg yang tau tolong sampaikan eik.hehe.
23) maka, dengan ini sudah genap 10tahun aku taruh hati dekat dia. tak pernah berubah walaupun cuba menyukai orang lain. semuanya tipu belaka. semuanya hanya sekadar memberi ruang tapi ruang tersebut telah penuh sejak 10tahun yang lepas.
24) tapi, haruskah aku bermain dengan perasaan sendiri? aku tak kisah kalau dia sudah berpunya. aku cuma nak jumpa dia. semoga Allah perkenankan hajatku. jika tidak tertunai, pasti ada takdirnya yang lebih baik menanti. insyaAllah.

sekian,
riwayat rasa kepada insan bernama MOHAMED IQBAL BIN SULAIMAN.

[hAnyAilustrAsijiwAsipenAip]

tak guna menyerah kalau berserah hanya untuk kalah...adakah lebih baik menilai atau sekadar santai melihat kata-kata berantai?ah!hidup manusia..apa saja yang tak sia-sia kalau terlalu sering berahsia...menekan tekanan dengan bilah-bilah perlian...bukanlah tak benar,tapi mana layaknya jika hanya berbual bahasa-bahasa kasar? kau kata dia hebat!tapi habis semua kau perdebat...kau ikhlas atau kau sengaja isi ruang untuk berbalas?ya, mungkin kau tak bermaksud...sebab otak terlalu kusut...lupa masing-masing ada fahaman yang serabut...maka,ada salah dan tidak jika kita nak lepaskan busur panah kepada mereka yang di anggap pesalah...tersenyum juga ada kuntumnya...inikan pula hidup yang pinjaman semata...maaf & memaafkan,tenang & menyenangkan...damai~


Thursday 9 February 2012

conteng2 tentAng kAwAn~

alangkah indahnye bila kita bersahabat ken??hidup kite takkan sunyi klu mereka always ade masa kita perlukan mereka...sejauh mana anda menilai sahabat anda??sejauh mana pula sahabat anda menghargai anda di sisi mereka??adakah mereka juga seperti anda??atau hanya anda yang menghargai mereka sedangkan mereka tidak??pernah terasa seperti tidak diperlukan??pernahkah anda rasa diperbodohkan oleh KAWAN BAIK sendiri??atau anda sendiri tidak dapat menerima kawan yang merapati anda sedangkan anda tahu dia mempunyai niat yang ikhlas utk berkawan dengan anda??adakah kawan yang anda harapkan muncul disaat anda perlukan mereka tetapi sebaliknya yang terjadi????????????luahkan.......luahkan kepada diri anda sendiri dan anda tahu jawapannya kenapa semua tu terjadi...mgkn silap kita sendiri...mgkn jugak kita tak pernah dianggap sbg seorg kawan@sahabat...atau kita hanya tempat mereka berkongsi mslh sahaja...pelbagai kemungkinan yg mungkin.....lihat diri anda,lihat diri mereka....layakkah dan perlukah kita menjadi seorang kawan?

tentAng rAsA~

salam...

saya nak berbicara soal RINDU...hekhek...kadang2 ken,kalau kite rindu giler pown dgn seseorang tu...bila kita nampak 'dia' dihujung pandangan pun dah cukup..dalam hati,asalkan kita tahu dia ada...dan dia selamat...walaupun keadaan sebenar kita tak tahu...
ada manusia yang hanya kenal erti rindu apabila 'dia' tiada depan mata..dan bila dah terang2 depan mata...dan dekat...tak nak pulak lepaskan rindu...kenapa?walau dengan kawan sendiri pun...salah ke kalau kita cakap dekat kawan kita depan2..."weyh,aku rindulah kat kau"...kemudian?PELUK!hah!kenapa?salah ke bila kita dah cakap kita rindu,kemudian kita peluk orang tu?ya,mungkin ade yang beranggapan "kenapa kau ni?okkey ke tak?ada masalah ke?"...YA!memang ada masalah..masalahnya cuma dapat diselesaikan dengan pelukan rindu tu...beb!kadang2 kita perlu bagi peluang kat sesapa pun untuk lepaskan rasa mereka kat kita...anggap je manusia perlukan ruang untuk meluahkan melalui gerak tubuh...jangan plak dikata kawan kita tu buang tebiat ke ape...
tak semua yang kita buat perlu ada alasan. dan tak semua alasan tu mampu diterima oleh semua orang..lebih baik senyap dan senyum sebagai pengganti...sebenarnya ken, aku tak tahu apa yang aku cuba maksudkan dalam entry kali ini...aku taip apa yang ada kat otak...dah jadi carca marba dah...
apa2pun,sekadar perkongsian dari hati......beri peluang untuk orang lain melepaskan rasa,walaupun rasa tu tak masuk akal...manusia banyak perasaan...feel free to share ur feeling =)