Sunday 1 May 2011

kAku~

Kalaulah saya boleh lihat mata awak tersenyum,
Pasti air mata ini tak jatuh…

Lama sungguh awak kaku…
Tubuh saya jadi kejang
Entah bila dapat rasa semangat awak…
Saya rasa dah semakin lemah
Lemah melihat kesungguhan awak terus kaku
Kaku yang lesi dan lesu
Keadaan awak tak berubah
Mana jiwa dan roh awak?

Sekali lagi awak datang
Tapi sekadar datang
Tanpa membawa apa-apa
Patutkah saya sedar…
Saya bukan siapa-siapa pada awak?
Mungkin awak lebih suka
Saya kejang di sini
Sebab awak tak nak saya tahu
Awak tipu…
Awak berpura…
Awak terpaksa…
Terima saya tanpa rasa…
Tapi awak tak sedar
Saya tahu semua itu walaupun saya kaku
Sama seperti rasa awak…
Sebab itu saya tak terjaga
Saya jadi pekak…
Kerana tiada suara awak
Berbisik sayang dan cinta
Seperti dahulu disaat semangat kita bersama

Haruskah aku sedar dan terus melihat sisi topengmu?
Atau aku terus kejang dan kaku disini?
Mungkin juga aku harus pergi…
Agar kau tak dihentam rasa bersalah
Dan aku berhenti merasa resah…

No comments:

Post a Comment