Thursday 21 April 2011

izinkAn Aku melAngkAh~

seadanya diri ini bukan untuk menyakiti..
bukan juga untuk meninggalkan jejak hitam di hati kalian..
apatah lagi hendak membuat onar yang mengundang dendam
tidak akan sekali-kali menjemput musuh
walaupun adakalanya iblis menziarahi hati sepi...

izinkan aku melangkah dari sisi kalian...
mengundur bukan hanya setapak..
berpisah bukan hanya sejenak...
pergi tanpa terlihat detiknya..
biarkan hanya terdengar bayu di hening..
derapan tapak berselindung dibaliknya
biarkan aku pergi..

jangan difikir pergiku selamanya 
aku hanya mahu kau tenang sendiri disamping mereka
tak mahu ku undang kegersangan pagi
kerana sayang yang tetap ranum ini
sentiasa ada untuk dijamah sekalian hatiku
aku berundur dan pinta izinmu
agar pergi ku nanti tidak kalian tangisi...

No comments:

Post a Comment