Saturday 11 February 2012

MR. 10yeArs~

salam...bermula dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...aku ingin bercerita tentang MR. 10years =)
nampak ken senyuman ku disitu?hehehe...mula laa nk menggedix ni...okkey2,kita mulakan trivia tentang aku, dia dan dotdotdot...jengjengjeng~
1) dia kawan sepupu aku.
2) umur atas setahun dr aku [mksudnya sekarang dia 24tahun]
3) kitorg satu sekolah, satu daerah, lain jantina [memangla sengal~!]
4) dia seorang yang berwajah serius, cool/relaks, pengawas, tak banyak cakap,smart (@,@)
5) pindah sekolah masa tingkatan 4 [dan aku sempat usha dia masa dia datang sekolah untuk selesaikan hal2 pindah skolah.sedih.tapi apakan daya.]
6) masa dia masih disekolah tu, aku selalu gak dok usha dia 'baekkkk punyeee~'. kelas jauh tapi masih boleh nampak dari jauh kelibat dia. [hehe]
7) ada satu insiden yang membuatkan aku lebih tertarik dengan personalitinya...semasa dikantin,dia dan kawan2 dia berjalan sekelompok menuju ke mana arah pondok yang berdekatan. kat pondok tu ada kawan aku (ppuan). semasa di pondok, mereka semua berbual sambil menghadap satu sama lain. kecuali dia. ya, kecuali dia. dia memalingkan tubuhnya membelakangi mereka! [adakah anda dapat membayangkan situasi tersebut?erkkk~ maksudnya dia join sekali dok kat situ tapi tak join perbualan mereka dengan kawan aku tu.]
8) aku suka tengok cara dia jalan. [tegap dan ada karisma.]
9) he is speky boy(sometimes) and i love it!
10) dia tersangatlah gorgesssss klu pakai baju kadet polis! [bagi aku dia sgt2 berkarisma masa tu.]
11) kami pernah berdating [OH!] tapi di temani sepupu aku [huu..] dan masa kitorg sedang berbual, sepupu aku tu dok belek muka kitorg..nak tau die kata apa? "muka korg ni sama.ada iras2."(lebih kurg cmtu laa ayatnye.xhingat.dah bertahun3). masa tu jugak aku belek muka dia. ada iras adam af. [haha!]
12) kitorg pernah berbual dalam fon (guna telefon rumah lagi you!) dan sms tu semestinya ada~ hehe
13) aku agak rapat laa dengan adik dia [adik beradik dia semua lelaki...5 HERO!hekhek]
14) dia tak sombong walaupun pendiam. [tapi mungkin dia tak berapa rapat dengan perempuan..jadi dia ber'kau-aku' dgn aku...erkk~ tapi comel ken?haha]
15) yep!aku mengaku pernah bagi hint yang aku suka dia tapi bila dia tanya aku tipu.[masa tu aku rasa, "bodohnya aku!sapa suruh bagi hint!dushhhhh!]
16) dia tanya, aku suka dia ke? aku cakap 'YA'....sebagai kawan. [dalam hati,xnak 'kawan' boleh???haha]
17) kitorg last jumpa waktu aku dah abes SPM tapi masih sweet 17 lagi..hehe..masa tu aku yang suruh dia datang Hari Kantin sekolah tapi kitorg tak borak sangat pun...dia lebih banyak borak dengan kawan kelas dia dulu..[ayu gak namanya]
18) bila masuk blaja kat uitm, aku dah mula mencari sesapa yang mampu menggantikan tempatnya, tapi tak jumpa. cinta main2 pun aku xleh nak balas seikhlas hati. kesian kawan aku sorang tu, aku bukan nk mpermainkan dia tapi hati tak sedia nak terima rasa cinta baru.
19) haa...tahun lepas, aku jumpa nombor contact dia kat mudah.com.my. masa tu tiba2 teringat dia dan search nama penuh dia kat google dan jumpa. heeeeee~ aku seronok gila masa tu! dan amik masa jugak untuk sms dia. seingat aku, itu adalah kali pertama dan terakhir setakat ni aku contact dia. dah lama jugak tak contact.baru2 ni search lagi nama dia dan jumpa lagi kat 'mudah' tapi numb fon dah bertukar. hmm~ kali ni tak tahu laa bila plak nk contact. tak tau alasan apa lagi aku nk bagi. masa 1st dpt numb dia tu aku buat2 tanya dia tu ex-sekolah lama ke. kali ni nk tanya apa pulak?ade idea?hehe
20) yang aku yakin dia takde facebook...sbb dia kurg bersosial...puas dah aku jelajah..tnye kawan2 dia pown,katanya dah lama tak contact..adehh
21) last aku msg dia, dia kata dia keje kat melaka. sebelum tu dpt tau dari adik dia yang dia belajar kat kptm johor. oh ye,adik dia pown aku dah tputus khabar..haihh..
22) aku cadang nak pergi jumpa dia kat melaka sem depan..dah alang2 nak gi rumah mak angkat kat sana..aku bukan nak luah perasaan kat dia ke apa,aku cuma nak jumpa dia. rindu. kalau ditakdirkan aku pergi awal,sekurang2nya aku dah tatap wajah insan yang pernah membawa aku ke alam rasa yang indah dan berjaya buat aku setia. aku tak minta untuk jadi miliknya tapi cukup untuk aku jumpa dan tatap wajahnya selepas 6 tahun tak bersua. itu hajat aku. kalau tak tertunai, korg yang tau tolong sampaikan eik.hehe.
23) maka, dengan ini sudah genap 10tahun aku taruh hati dekat dia. tak pernah berubah walaupun cuba menyukai orang lain. semuanya tipu belaka. semuanya hanya sekadar memberi ruang tapi ruang tersebut telah penuh sejak 10tahun yang lepas.
24) tapi, haruskah aku bermain dengan perasaan sendiri? aku tak kisah kalau dia sudah berpunya. aku cuma nak jumpa dia. semoga Allah perkenankan hajatku. jika tidak tertunai, pasti ada takdirnya yang lebih baik menanti. insyaAllah.

sekian,
riwayat rasa kepada insan bernama MOHAMED IQBAL BIN SULAIMAN.

2 comments:

  1. okay! sedih, warrggghhhh!! serius pergilah jumpa dia cakap je saya nak kahwin dengan awak!! kalau tak saya bawak awak lari kahwin kat siam. lepas tu kita bin ahidup baru. HAHAHAHAHA.

    Ayu, perasaan yg dipendam lagi INDAH dari perasaan yang dah diluahkan.. PERCAYA LAA HEHE
    tapi apapun tipulaahhh kalau kita xnak bersama dia... Art dapat rasa HAHAH..

    ReplyDelete
  2. hahahaha....mati aku kena 'wanted' nanti bwk lari anak teruna org..hahah..betul,yg dipendam tu indah sbb kita tak yah pk klu dia tolak kita..yg penting kita bebas bermain dgn perasaan sndri...hmm,mmg tipu laa klu xnk bsama dia ken...tp tu sume MIRACLE...hahaha...hanya mampu berserah padaNya~ klu ade jodoh,tak sia2 laa rasa 10 tahun ni...klu bukan dgn dia,terima je laa jodoh yang Allah akan bagi...tak semestinya dgn dia,aku akn bahagia ken....oh!hanya mampu tunggu & lihat...hehehe...thanx bebeh!!!

    ReplyDelete