Saturday 19 February 2011

hAti ini pernAh terlukA...~

hati ini pernah terluka..
tajamnya kehalusan itu..
selalu menerjah rongga kesabaran..
terlukanya hati bila minda terbuka luas
merelakan kesakitan itu terus bersarang..
air mata yang sentiasa dibendung
berinteraksi dengan minda
"ah!jangan dilayan...hanya menguji sabarmu"
tp bila hati menyahut
dengan sahutan yang terlalu pedih
"apa guna aku ada terus disini?"
"adakah aku hanya permainanmu saja?"
"aku hanya hiasan dinding kosong yang berlumut?"
tatkala itu dia mula menangis...
aku yang menjaganya selama ini terkedu...
hati itu juga aku
pedihnya apabila air mata hati tu terus mengalir
seakan satu kebangkitan
untuk sesuatu tindakan..
tapi tidak!
itu bukan aku!
aku suka begini terus...
senyap..senyum..
tapi jika aku senyap
jangan sangka hati ini terus tersenyum
senyap aku sebab aku bukan bising
ya..sekadar memujuk hati yang sentiasa menangis
"mereka tidak mendengar kamu..hati"
"mereka ada cara yang dirasakan benar..hati"
"mereka hanya melihat apa yang mereka tidak nampak..hati"
"kadang2 mereka tak tahu siapa diri mereka sebenar..hati"
"maafkan saja ye hati..."
namun,hati terus menangis
kerana hanya tangisan itu teman paling setia
dan hanya tangisan itu yang menghadap Maha Pencipta...

:::Ya Allah,kau tenangkan hati ini kerana aku tak sanggup untuk menangis lagi:::

2 comments: